About Me

Foto saya
A bird sitting on a tree is never afraid of the branch breaking, because her trust is not on the branch but on it's own wings. Always believe in yourself -- is me.

View This !

Jumaat, 25 Disember 2015

My Kinda 2015 Highlights

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Gambar Sekadar Hiasan
Kasi setepek dulu muka basi permulaan 2015 dulu. Nama pun highlights 2015, bagi aje lah setepek ; setepek je kot jangan nak banyak bunyi sangat.

Sengaja nak abadikan detik detik 2015 dalam ni. Tak banyak mana, suku pun tak sampai. Cukuplah tu. Sekadar tatapan untuk hari kebelakang. Dah usia meningkat, makin pelupa aku dibuatnya, apa hal jadi pelupa ? Orang cakap tips untuk orang pelupa ni, kita kena tulis untuk ingat balik apa yang kita buat. haa, betul dah ni aku buat kan?

Dah. 

JANUARY - MAY 2015 ; Collegues

Cinderella's Birthday Celebration

Cinderella's and Twin farewell feast.
So, finally I settled down in Fitness Center as a career. For this time ; I guess. Well it's been a great year for me. Here. Sampai sanggup-lepaskan-anakanak-murid-untuk-fokus-satu-kerja. Walhal, boleh ja buat dua kerja. Tapi, boleh ja tak tamak. kan? Walaupun tak move on dengan status cikgu, cikgu harap anak-anak semua memahami. tsskk tsskkk.

Aku bukanlah type yang loyal dengan satu kerja dalam jangkamasa yang panjang, but it different this time though. Mungkin sebab aku mula bekerja di saat Fitness Center ni mula nak bernafas, ala ala masih baby gitu. Dalam satu tahun ini, aku lihat kitaran pertukaran staff, yang datang dan pergi. Yang baik yang buruk. Yang gila yang sopan. Tipu. Takda nak sopan sangat pun. Banyak yang nak dihuraikan dalam tahun ini disini, terlalu banyak. Bila kita diterapkan dengan teamwork, tak ada 'ini bukan kerja aku'. Semua perlu merasa, dari cuci-mencuci menghadap-komputer entertain-customer ; pendek kata semua orang kena rasa sorang sikit. Bila collegues lama resign, dalam kepala asyik fikir 'boleh ka kita rasa yang sama dengan orang baru?' Tak akan. Sebab, manusia tak sama. Mungkin kau akan rasa kurang seronok atau akan rasa lebih seronok. Kadang-kadang attitude diri sendiri pun main peranan. 

Tahniah buat aku kerana berjaya setia di sini dalam masa setahun. Tahun depan aku tak pasti. Tapi masih seronok berada disini. 

Welfie's of the year

23 - 25 MAY 2015 - Langkawi, Kedah.



Hye! 
Apa khabar ?

It's a reunion though. Spend time dengan collegemates. Bukan lah jenjalan sangat pun, setakat duk samasama, sembang muhung itu ini, pergi sana pergi sini, as long as we are together. Nak berkumpul sesekali macam ini pun kena curi masa, sebab ada yang kerja-ada yang belum kerja-ada yang cuti weekdays-ada yang cuti weekend. Sangatlah tak sama. Tapi from all places, why Langkawi?

Kerana Langkawi itu penuh dengan memori bersama, kali terakhir kami bersama-sama di sini masa Semester 2. Trip Semester 2. Seronok kan jadi student Tourism? Setiap sem travel. Muehehehehe. Tapi kebetulan ini aku baru ja perasan ketika aku taip ini. Ya.
Sebab sebenar kami pilih Langkawi kerana plan asal nak pergi kolej, rindu alor star, ambil sijil and so on so on. Di sebabkan nak bercuti untuk 3 hari, we decided why not kita pergi Langkawi and on the way back singgah kolej ambil sijil? Whyyyy not? 

Tapi kenyataan nya, semua ini propaganda semata-mata. Sebab tak singgah pun kolej pergi ambil sijil. In fact, keluar dari Langkawi pun petang. Alkisahnya. Kerana itu aku cakap it's more likely bonding time than a vacation. K.


 " Each friend represents a world in us, a world possibly not born until they arrive, and it is only by this meeting that a new world is born. "
- Anais Nin


17 - 19 JULY 2015 - Hari Raya Aidilfitri


Family Potraitre
Kenapa Hari Raya antara highlights tahun ini? 

Ramai. Ramai cakap tahun ni tak rasa meriah beraya. Kalau tanya aku. Aku rasa biasa ja. Kerana bagi aku bila raya, balik kampung, jumpa adik-beradik memang tak pernah tak meriah. Tak tunggu raya pun meriah. Cuma kali ini,  Raya Pertama dan Kedua sambut dengan keluarga dan ditambah dengan sahabat. Sahabat yang bekerja di Langkawi tak dapat cuti panjang untuk balik beraya di Terengganu. Jadi apa salahnya, kita sambut bersama, ye dak? Sebab aku sendiri pernah tak balik beraya sebab tak dapat cuti. Dulu. Ada sendu la pepagi raya tak dapat cuti hanya kerana mencari rezeki. Done with that.

Now, comes up with the best part for me. Raya Ketiga. Which before we're heading back home, kita satu family attend Abah's School Reunion. Macam mana they gather, meet up each other after years. Weh, seriously this is a reunion looks alike. Reunion yang mana kau bawak family anak-beranak kau, yang mana sakit, yang mana masih kuat, it tells everything. Itu pun, a reunion at your school's hall. Bukan dekat hotel, bukan dekat some other places means nothing, but at a school you used to go. Tempat yang segala mak nenek throwback dengan rakan-rakan sekolah, there it is. I wish. I would have this kind of reunion in future too. 



11 SEPTEMBER 2015 - Birthday Celebration


" Let us be grateful to the people who make us happy ; they are the charming gardeners who make our souls blossom. "
Alhamdulillah.

This is one of the reason why I had so much fun to this place. Appreciation. Walaupun dah besar panjang (tipu. tak besar tak panjang. tetap pendek.) masih ada yang sudi nak celebrate Birthday sendiri. It just small lunch meal, but it shows a lots lots of love. Ngengade. Even, bos sendiri gives me an angpao instead of present. He said, he rather gives you money than a gift sebab kalau beli gift belum tentu orang tu suka atau tak, so bagi angpao biar dia choose hadiah sendiri. Some sort like that. Anyway, It doesn't matter. Even a wish, does melt me. 


19 SEPTEMBER 2015 - Along's Big Day


Anak Menantu Cucu Tok Tam's Generation :)

Finally. 
Our very first kenduri dekat rumah. The eldest, Along get married on the blessing 19 September 2015. Part ni paling mencabar, sebab anak sulung dah kawen the next one akan jadi dihujani pelbagai bentuk situasi usik mengusik punya soalan. I was like 'Nasiblah.' But it went well, dengan meriah kecoh sana sini dengan adik beradik. Belum semua lagi ni. Belum semua ya. At first, it just a simple ceremony with this and that, but Alhamdulillah things getting better, and much better. Pelamin and Photobooth semua DIY from 12.00 midnight sampai 3 pagi. For sure, it was not me, sebab tengah berperang dengan periuk belanga kat belakang rumah. Penat woiii penat! Tunggu turn kenduri aku pulak nak tengok sapa nak berjaga. Hmmpphh!


16 NOVEMBER 2015 - Accident

Mulut itik satu kali. 
Haritu aku redah hujan renyai-renyai. Perkara biasa lah kalau renyai-renyai aku redah, sebab aku bukan jenis menunggu sampai hujan berhenti. Tunggang motor watlek watpis kacang pis je hah, sekali zraappppp! cium jalan ; aku. Betul-betul lepas bonggol aku jatuh. Seingat aku, aku bawak slow je, sebelum bonggol pun aku ada brek, jadi aku sendiri pun tak tahu apa possibility aku boleh jatuh. Kunfayakun. 'Jadilah, maka jadilah ia.'

Berbuat baiklah sesama manusia, sekalipun kita tidak mengenali insan-insan di sekeliling kita. Bila aku fikirkan, kalaulah manusia tak nak berbuat baik, siapalah nak tolong aku bila perkara-perkara macam ni terjadi. SubhanaAllah. Sampai aku sendiri tak tahu-menahu siapa yang hantar aku ke hospital dalam keadaan tak sedar tu. Tak sempat berterima kasih pun.

Untuk pertama kali cium jalan ni, dah jatuh saham sikitlah sebab muka dah tak peloles. Tapi ok jugak, sebabkan ini aku dah kurangkan satu lagi kos kecantikan. Muahahaha. Masa pun jimat. Sebab dari nak bagi luka dekat muka elok, seriau seriau ja rasa nak apply apa apa kat muka. Sampai lah dah ok pun rasa macam dah tak perlu nak apply apa apa. Siang malam bedak sejuk ja. Weh aku jimat kos produk kecantikan weh! Takda dah nak bagai bagai dengan krim dengan toner dengan moisturizer bagai bagai. Pap pap Pap bedak sejuk atas muka, tunggu kering jap, ratakan, terus dapat efek gebu gebu ala ala pakai foundation, zappp! siap. Jalaaaannnnnn. Bawak bawak belajar tak tabarruj dah la.

*Kira macam kejayaan yang besar lah bagi aku nak off mekap tu. Engkau orang apa tahu.

JUNE, OCTOBER, NOVEMBER 2015 - Walimatul Urus
Ex KPTMAS Much Love
Paling banyak walimatul urus kengkawan pada tahun ini. Well, it's an ideal age to get married though. Tapi tulah, Jodoh. Kalau awal, awal lah, lambat lambat lah. For sure it will come at the right moment. Itupun tak semua dapat hadir. Almaklumlah, tak keje gomen kot, takdanya cuti cuti weekend ni. Kalau nak attend pun kena tukar cuti or amik Annual Leave. Deknon mana laa ada Annual Leave berlonggok-longgok. Sekian.

Disebabkan Walimah kengkawan ni jugak lah, dapat jumpa kerap kerap dengan yang lain. Paling-paling riuh rendah buat gegar rumah orang. Dasar betul anak-anak dara buat bergegar rumah orang. Perangai memaseng, hmmm langsung tak berubah :') We had fun. 
So, sapa lagi nak kawen next year? 


So there goes my 2015 happen. Mesti pelik kenapa semua yang manis je kan? Well, yang pahit tak perlu di simpan. I just learnt from it, and walk away. Too much too cherish rather than keeping the bad. From all time, the good one will cherish along the way. So kalau nak throwback di hari ke depan pun, all the good things je la kan? 
Until then, Adios.

Till we met 2016!

P/S : Kalau laaa, Kalau eh ada yang perasan, Makin ke bawah highlights makin sikit nak cerita, padahala cerita berkepuk-kepuk, sebab dah malas taip sebenarnya. muehehehe. Ni pun berhari gak aku taip woih, entah berapa kali aku teleng kiri kanan nak menaip pun. Nanti aku rajin aku edit ah balik. Apadahal. Tu pun kalau rajin ah, kalau eh ; kalau. Sebab 'kalau' aku tu macam harapan sangat. Bye.

Khamis, 17 Disember 2015

DECEMBER

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


It's been a while. 

Orang paling sendu kat gym pada hari Sabtu sebab Annual Leave dah habis. 
Walimatul urus banyak tak boleh nak hadir diri. 

Maklumlah cikgu yang tak bercuti pada weekend. Ya, saya kerja office tapi saya pilih untuk tidak cuti pada weekend. 
dah kenapa kau?

Hari-hari sendu di gym adalah hari Sabtu Ahad. Ya. Ya. Ya. Sebab Sabtu Ahad hari orang berjalan. Ke sana Ke mari. 
Cikgu tak suka berjalan dalam kesesakan orang maka weekdays is a better holiday for me :')

Sebab tu Annual Leave dah habis, sebab on December it is always a school holiday which equally to 'orang-banyak-pergi-holiday and mana mana there was segerombolan manuusia. bahahaha! habiskan Annual Leave awal awal before school holiday. Lepas tu jadi orang tersendu sebab jemputan Walimatul urus kengkawan banyak. baru nak sedar diri, umur macam ni semua kawan kawan pakat tukar status. 
Lepas tu kena bahan balik "Bangla pun cuti" , I was llike " Ya. Ya. Akulah bangla kat gym tu, sebab tu aku tak cuti. Pffft! "

" Working hard for something we don't care about is called stress. Working hard for something we love is called passion. "

Bila kerja depan dengan ramaiiiiii orang ni, kau macam akan terfemes kejap. Bila pegi mana-mana orang tegur, lepastu kau macam ter'kenal' orang itu orang ini. 
Mostly, member gym adalah kalangan tauke tauke kedai. Maksud aku gym aku kerja ni lah. gym lain manalah aku tahu. 
Kedai makan lah, salon lah, kedai tudung lah, bridal lah, wedding planner lah, along pun ada. and so on, so on. 
So, bila kau walk in kedai diorang, be like, 
"eh hai, u punya kedai ke?" " ya, ya, have a seat "

So, sebab aku kerja gym yang attach dengan playground (which they don't know playground dengan gym is the same company), bila tolong cover staff jadi cashier, dorang akan tertanya-tanya, " eh, you kerja apa sebenarnya? " and me be like  " :) "

 You can load me with any work, as long as I could do, I'll do it. 
InsyaAllah. 
So, the topic was December. December yang full with tons of work. Walimatul urus. Holiday people. 
Bye!

Ahad, 23 Ogos 2015

Persinggahan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Penulisan ini mungkin sekadar luahan hati atau melepaskan benak di dada. Tidak tertumpu kepada sesiapa. Cuma buat pemahaman diri sendiri. Ya. DIRI SENDIRI.

Dunia ini cuma persinggahan. Selepas kita tinggalkan dunia ini ada yang lebih hebat menanti. AKHIRAT. Yang kekal. Yang diperjuangkan di dunia untuk bekalan hari di 'sana'. 

Ya, aku masih insan yang hina. Tetapi aku masih sedar ada kehidupan aku perlu lalui selepas ini. Dan perubahan itu terletak pada diri aku. untuk aku sedar atau tidak ini cuma persinggahan. Yang bersifat SEMENTARA. TIDAK KEKAL.


Hari ini berapa ramai manusia sedih? patah hati? kerana apa? cinta? pasangan?

Mungkin tak semua, tetapi KEBANYAKAN nya melalui perkara ini. 

Samada engkau sedar atau tak, manusia datang dan pergi. Cuba kau tanya mana mana manusia yang engkau kenal,'korang tahu tak dalam kehidupan ni ada manusia datang dan pergi?' . Aku pasti mereka tahu. Cuma ....

bila engkau berhadapan dengan perasaan patah hati tadi, sedih and so on engkau lupa tentang ini. atau engkau tak mahu terima hakikat ini. Salah siapa? Engkaulah. Bodoh. Detik itu, kau kena faham engkau cumalah persinggahan yakni cuma SEMENTARA dalam kehidupan orang yang berlalu pergi tu. 

Memang. Pasti ada yang akan berbalas 'kau ingat senang? cuba engkau rasa baru kau tahu macam mana payah nya,' Betul. Memang payah. Tapi engkau usaha? Sejauh mana engkau usaha untuk terima itu semua cuma persinggahan dalam kehidupan engkau? Sejauh mana? 

Mungkin engkau lupa, Allah sudah tetapkan yang terbaik buat hamba-Nya. Yang berlalu pergi cuma persinggahan untuk mengajar engkau sesuatu, supaya engkau dapat yang kekal di masa hadapan. Jika ia kekal, ia tak jadi persinggahan. Ingat. Jika ia layak untuk menjadi yang kekal ia tak pergi. Ingat. 

Setiap hari. Setiap hari apa usaha engkau untuk terima? apa? tanya diri engkau. 

Kadang-kadang kerana ikutkan sakit hati engkau termakan suara-suara halus. Engkau jadi ego. Ambil kesempatan atas apa yang terjadi. Tapi, pernah engkau renungkan khilaf engkau? Betul? Engkau langsung tak ada salah? 

Ada yang singgah itu masih ada di dunia. Engkau sedih bawa diri, berbulan-bulan bertahun juga ada,

Hidup dan mati. 

Jika yang pergi itu masih hidup pun engkau bersedih macam orang tu tak boleh kembali sedangkan dia masih ada atas muka bumi ini, Apa engkau boleh sesedih itu kalau ahli keluarga engkau pergi menghadap Ilahi? 

Engkau percaya dengan Allah? Percaya dengan perjalanan Dia tentukan untuk engkau? Percaya? Alhamdulillah. Engkau serahkan semuanya pada Dia. Jika memang orang yang pergi itu tidak menghargai engkau, belajar sesuatu dari itu. Jika ia datang dari khilaf engkau, perbaiki ia. Perancangan Dia adalah yang terbaik buat hamba-Nya. 

Apa orang selalu cakap? What goes around comes around. Engkau singgah dalam kehidupan org lain dan engkau berlalu pergi, engkau boleh baca masa hadapan? Mungkin orang lain pula yang singgah dan pergi dari kehidupan engkau. 

Fikirkan.


Sekian nukilan insan hina ini. 


Rabu, 28 Januari 2015

"Satu Hari" Motivation

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم 

Jari jemari ini sudah mula bersiap-sedia nak meluahkan kata-kata dia papan kekunci setelah sekian lama. Bukan menaip untuk di tatap sebagai perhatian orang lain, tetapi sekadar untuk meluahkan apa yang terbuku. 

Geli pulak baca tulisan sendiri tapi itulah hakikat.

Do you ever had your 'Satu Hari?'

"Satu hari nanti aku nak mengembara satu dunia."
"Satu hari nanti aku nak balas jasa orang tua."
"Satu hari nanti aku nak buktikan pada semua orang aku juga boleh berjaya."
"Satu hari nanti aku nak jadi orang yang terkenal di mata dunia."
and so on ......

I don't know either I really know myself or not. 

Why?

Because I'm not sure what my "Satu Hari" like everyone did.

Bukan tak ada hala tuju hidup, cuma tak pasti apa nak gapai like what I really want most to be my "Satu Hari."

It's like motivation but most of people simply say "Satu Hari" as ambition and never take it so seriously. MOST, please understand the word MOST. Orang yang betul-betul take "Satu Hari" seriously as motivation, they will really achieve that ONE FINE DAY.

Contoh, nak keliling dunia?
Boleh, tapi usaha atau tidak untuk buat jadi kenyataan? atau sekadar pasang angan-angan? Mungkin banyak yang keluarkan alasan, nak keliling dunia nak guna duit banyak, orang kaya boleh la. Nah, sekarang dah ada orang keluarkan tips-tips keliling dunia tak perlu duit yang banyak pun. Segalanya di hujung jari. Google saja lah. Pakai smartphone tapi tak tahu nak aplikasi kan untuk capai "Satu Hari" sendiri, tapi sekadar nak bersosial dalam talian ja. Maka terkuburlah "Satu Hari" anda. 

Come to think of it, macam mana orang lain boleh keluarkan tips untuk "Satu Hari" yang anda nak?
Mungkin ia juga "Satu Hari" mereka, bezanya mereka dah capai tapi anda? 

Inilah perbezaan nya, antara orang yang ambil "Satu Hari" as motivation dan juga as angan-angan mat jenin. 

Orang yang ambil as motivation, will find any way to achieve, orang yang sekadar berangan will give out banyak alasan eventhough orang dah tunjukkan jalan. Got it?

Choose.

To take "Satu Hari" as motivation and reach it,
or
to simply say "Satu hari"meaningless.



Love,
Wany Pak Det :)



P/S : Saya bukan seorang keyboard warrior, dan setiap yang saya tulis berdasarkan pandangan saya sahaja. Well, everybody have their own perception. Thank you.

Selasa, 26 Ogos 2014

Bebel Secara Random

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 

It 's been a long time I didn't write and nearly forgot I have a blog that I could write whatever I want instead of blabbering by myself.


People might thought I am crazy sebab suka cakap sorang sorang. Sometimes tengah drive sambil berangan this and that rasa nak tgok kiri kanan ada orang tengok. Then I realized, 'hey I was talking to myself again'.  Like a disease has no cure. 

Well that's me. 

Menjadi diri kita adalah satu perkara yang mudah.

Cuba untuk menjadi diri orang lain cuma satu cubaan memperbodohkan diri sendiri. 

Kadang - kadang kita cemburukan orang lain dalam keadaan kita tak sedar kita mempunyai sesuatu yang orang itu tidak ada. 

Memperbodohkan diri yang dimaksudkan di sini adalah kerana kita cuba capai sesuatu yang bukan kita mahu tetapi nak tunjuk pada orang yang kita boleh capai apa yang orang lain ada.


Ada perbezaan antara kita memang nak capai sesuatu dengan kita memaksa diri untuk capai sesuatu.

Bila kita capai apa yang kita memang nak, kita akan dapat kekalkan dan terus kekalkan malah kita mungkin dapat capai lebih dari yang kita sangka kerana kita usaha sesungguhnya untuk itu.

Tetapi,

Bila kita paksa diri kita capai sesuatu atas dasar kita nak menjadi sebaik dan sehebat orang lain, percayalah kita cuma akan buat sekerat jalan. Sebaik sahaja kita dah menjadi orang lain ia tak akan kekal kerana ia bukan diri kita dan bukan kemahuan kita sebenar - benarnya. 

Nak contoh yang mudah di fahami ? Ini mungkin dapat membantu dan mungkin kebanyakan orang pernah buat, lebih lagi kaum wanita. 

Let say a relationship.

There are most people who might have a current relationship and has history of past relationship. 

You as a partner knew about your bf/gf past relationship. And you also knew he/she was so in love with their ex when they were together. 

Then you felt insecure. Why? Sebab pasangan kita mungkin tak boleh sayang kita macam dia sayang ex dia. Muncul pulak satu persoalan 'what so great about them that make him/her loves them so much?'. Then, kita cuba jadi macam ex dia untuk buat dia sayang kita macam tu. Come to think of it, adakah ini diri kita? Sampai bila kita boleh kekalkan kepura-puraan itu?

Now, think in other way if pasangan kita tak boleh nak move on kenapa dia pilih untuk bersama dengan kita? Kenapa dia tak terus menunggu ex dia yang dia sayang sangat tu?

Ini adalah jawapan kepada persoalan di atas, 

'What so great about them that make him/her loves them so much?'
Sebab mereka jadi diri sendiri, tak perlu bersusah - payah nak copypaste orang lain.

And you didn't realize you got something else yang buat pasangan kita sayang kita sebab kita sibuk mencari kehebatan masa lalu dia dan memperbodohkan diri sendiri untuk menjadi seseorang yang bukan diri kita.

By DevinPhysique

By DevinPhysique

Here are the quotes that I agreed the most, dan berlainan watak dengan contoh yang diberi tetapi membawa maksud yang sama.

Simple  kan? Ini contoh semata - mata. 

Here an advice, it is depends on you, if you keep looking the past you will never see the future.

Akhir kata, berhenti membuang masa dengan memperbodohkan diri sendiri.

Wassalam.





Lots of love,
Wany Pak Det,



P/S : What I wrote is my own perception. You have your own perception. Everybody have their perception. Thanks.



Isnin, 10 Februari 2014

Bodoh Sombong

Assalamualaikum :)

Dalam mode menulis. Dan sedang taip dengan rushing. Sebab waktu kerja tapi lunch hour. heee heee. And the most important part, no one in the office. Heaven.

*kembali formal*

Pernah kenal dengan manusia yang bodoh sombong? berlagak tahu semuanya when totally 'zero'? Tak salah nak tunjuk kepandaian tapi cukup lah sekadar apa yang tahu dan jangan melebih-lebih umpama beyond your imagination. Dah macam riak tahu?

Tak rasa malu bila di cap bodoh sombong? Kantoi bila tak tahu apa apa dari tahu segalanya yang keluar dari mulut sendiri. Kenapa mesti ada orang yang bodoh sombong? Sebab tak boleh tengok orang lebih dari kita. Sepatutnya kita belajar untuk menjadi  seperti orang itu, bukan menjaja diri hebat macam orang tu jugak sedangkan diri sendiri 'nothing'. Come on lah.

Kita yang dengar orang menjaja diri sendiri hebat pun rasa menyampah lebih lagi bila tahu perkara yang sebenarnya. Tahu tak pandangan orang, cara layanan dan orang gelak kita dalam hati bila orang sekeliling tahu kita ni jenis yang 'bodoh sombong'? orang rasa ragu nak percaya setiap kata kita, orang memperlekehkan kebolehan sebenar kita. Dari elok elok kita memang ada kebolehan sendiri langsung orang tak percaya kita ada. Rugi.

Avoid this people. Biar kita belajar dari bawah. jangan takut lakukan kesilapan supaya kita belajar dari kesilapan tersebut untuk menjadi yang terbaik Kesilapan itu bagus untuk perbaiki diri. kesilapan yang buat kita ingat untuk tak ulang kembali *walaupun ada je orang ulang balik*

Sekian,
Wany Pak Det :)






Jumaat, 20 Disember 2013

I wanna writeee and Im sucks!

Assalamualaikum :)

sila abaikan tajuk yang overreact tu. this is a short update saja nak lepaskan gian meulis dan merapu bla bla bla bla and so on. there's a lot i would want to write but i only have this little time to blabbering since i was stucks in focusing on the job and people and ?? whatever. this one point that makes me really sucks now. i want a holidayyyyyyyy!!!!!!!!!! i really should have a holiday but since it was a school holiday which a person like me cant bear being with so many people, i should postpone. sabar sabar sabar. well, hey it's almost to new year already. but still rasa macam sama je like the old years. arrgghhh whatever. banyakkkkknyaaa nak ceritaaaaaaaa. tapi tapi tapi tapiii. ahhhh sudah lah punya tapi. ohh btw, i have post this one video on past August *dah lama sangat tu* for Raya Dinner while im working there. teeheeee. sekarang tak dah. saja nak share. k bye!