About Me

Foto saya
A bird sitting on a tree is never afraid of the branch breaking, because her trust is not on the branch but on it's own wings. Always believe in yourself -- is me.

View This !

Sabtu, 26 Januari 2013

Manusia Pemurah

Assalamualaikum :)

Korang tahu kan, orang yang pemurah ni macam mana? Dan sebab dia pemurah laa rezeki mereka melimpah ruah. Sebab mereka tak kedekut. Sama macam kita menderma, walaupun nilai yang kita beri itu sedikit tapi kita ikhlas, InsyaAllah kita akan dapat ganjaran berlipat kali ganda. Semuanya bergantung pada niat.

Ada seorang hamba Allah yang aku kenal walaupun tak sekenal mana. Apa yang aku tahu dia orang yang berduit. Sentiasa travel sana sini, kadang kadang cari bisnes kadang kadang jalan jalan. Tapi dia ada cakap, dia nak bawak seorang setiap tahun (buat umrah), Fully Sponsored. Bila di tanya siapa yang nak di bawa tu samada adik beradik atau kenalan rapat. Tapi bukan. Dia tengok siapa sahaja yang dah lama dia perhati sentiasa pergi masjid :') which means not somebody he know though.

Everything is Fully Sponsored which dari buat passport sampai laa ke duit belanja di sana nanti pun dia akan provide. Nampak tak kenapa orang pemurah macam hamba Allah ni boleh hidup senang dengan rezeki melimpah ruah. Sebab dia pemurah. Alhamdulillah. Niat dia baik. Rasa tersentuh bila dengar dia cakap camtu. Rasa bertuah siapa yang dipilih oleh dia.

Niat yang baik tak sepatutnya kita war warkan pada orang kan? Sebab takut orang fikir kita menunjuk, niat tak ikhlas dan akan jadi takbur dan riak. Tapi aku sekadar berkongsi. Ada lagi manusia yang pemurah di bumi Allah ni. Semoga makin melimpah ruah rezeki dia. Amin.

Sekian.

Tiada ulasan: