About Me

Foto saya
A bird sitting on a tree is never afraid of the branch breaking, because her trust is not on the branch but on it's own wings. Always believe in yourself -- is me.

View This !

Isnin, 11 September 2017

Arwah

6 September 2017 ; 1237 AM

Sungguh rencana Allah itu yang terbaik.
Arwah Abah selamat dikebumi pada 6 September 2017 ; jam 12 tengah hari.
Abah hembuskan nafas terakhir nya di kampung kami , Kampung Alor Ibus, Kuala Kedah.
Perjuangan Abah selama 11 hari tidak sedarkan diri, berakhir di sini. Di kampung ini.

Mungkin kami sedikit ralat dengan beberapa perkara yang menimpa Abah.

Di antaranya ;

  • -          Abah tak sempat balik ke rumah dalam keadaan masih sedar walaupun penglihatan dah kabur dengan teruk. (kerana kami nak usaha ikhitar cara lain merawat mata Abah)
  • -          Abah di transferkan ke HKL dan di sini bermula semuanya.

Ya, jika ditanya dari segi emosi memang terselit perasaan marah.

Kami semua aware Abah menghidap penyakit Buah Pinggang. And we really aware of that. And the thing Abah admitted to ward JUST BECAUSE nak merawat telinga yang sakit for after 8 months. But then, telinga disembuhkan akan tetapi beri komplikasi pada mata. Dan di transferkan ke HKL untuk refer tentang saraf mata.

Setibanya di HKL and admitted there, things gone wrong. Allahuakbar.

Mana pulak dari segi medication. Seorang pesakit buah pinggang, yang tiada penyakit ; Kencing Manis, Darah Tinggi di berikan ubat ubatan ini untuk di consume ? I meant like seriously, what is that ? Saya tak punya sijil dari bidang ini, maka nya saya tertanya tanya.

Once Abah tak sedar dan berada dalam keadaan kritikal, he got many other complications.
  • -          Jantung lemah
  • -          Air banyak di dalam paru paru (sedangkan Abah minum air tak sampai secawan pun, sebab penghidap penyakit buah pinggang tidak boleh minum air yang banyak)
  • -          Darah rendah

Which all these Abah never had. Sehingga abah ditukarkan ke GICU which is much more better than warded kat Institut Kaji Saraf. From staff nurse, nurse and even doctors pun not giving us brief explanation, what has come to Abah masa tu. Sampai dorang simply bagi medication yang not even related to him. While dekat GICU, mereka dapat all the files, and journey Abah from the start warded , why and tak all. Nampak perbezaan ? Ralat.

Hanya kerana mengkaji saraf mata, Abah ended up dalam keadaan kritikal dan never wokes up.
Dan di sebaliknya harapan dan doa, kami juga bersedia menghadapi nya. Allah Maha Kuasa. Siapa kami untuk menidakkan takdir yang dah disusun oleh-Nya.

Meskipun sedikit ralat dengan apa yang berlaku pada Abah di HKL, tiada apa dapat kami sesalkan dihujungnya. Bersama Abah selama 9 Hari dari hari pertama Abah tidak sedarkan diri, dan pulang ke Manjung selama 2 Hari untuk selesaikan urusan dunia yang ditinggalkan, sehingga panggilan perbincangan untuk bawa Abah pulang ke kampung.

Bermula dari jam 7.00 petang Abah dihantar ke kampung menaiki Ambulans dan sampai ke kampung pada 12.00 Malam. Setelah setangah jam berakhirnya hayat Abah. Allahuakbar. Nampak tenang. Tanpa rasa susah.

Sesungguhnya, aku jua akan berasa sesal jika tidak sempat pulang ketika itu,
Katakan saja, urusan dunia tak membenarkan aku pulang ? Allah Allah.

Sedikit kekok, pulang ke rumah, ada nya Mama tanpa Abah. Kelibatnya selalu mundar mandir dihadapan pintu bilik dari biliknya ke dapur dan seterusnya ke ruang tamu. Tiada lagi bunyi ketukan ais di depan peti ais. Tiada lagi yang mundar mandir jika tidak boleh tidur. Tiada lagi.

Semua yang terbaik untuk Abah dah dilaksanakan. Perjuangan Abah setakat ini. 
Kami Redha.
Hidup mesti diteruskan. Ujian untuk kita jadi lebih kuat lebih serius dalam hidup kita.


Amin Ya Rabbal A’lamin.


Sabtu, 29 Oktober 2016

Block and still cares ?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Punya kekangan masa untuk menaip di ruangan yang sekian menyepi ni. Sarkastik nau ayat. Tak tak. 

Zaman smartphone dengan teknologi yang ada sekarang tak mungkin kau tak punya aplikasi " Block " / " Reject " dalam apa jua gadget yang kau sedang pakai. Melainkan kau seorang yang tak-kuasa-nak-melayan teknologi di zaman ini dengan masih menggunakan sejenis phone " Nokia torchlight " dan seadik-beradik dengannya. Misalnya.

Bukan apa, nak taip pun kena hati hati juga. Takut ada pula yang butthurt. Menyakiti hati orang dengan sengaja tu kan berdosa ? 

Baik. *tarik nafas jap*

Dulu. Kita tak punya inisiatif ni. Kalaulah kita nak "block" someone dari contact kita thru phone and kita sendiri tak mahu tukar number, masih boleh. Tapi process dia, hmm leceh. Yes, LECEH ! Mungkin kau kena pergi center, dan minta block kan number sekian sekian. I don't know. *sooooo, miss pretend know-it-all* . Tapi aku tahu process nya leceh laaa. Hahaha, jangan kecam. 

So, the thing is ; now kita dah ada this "block" "reject". Tak leceh pun. just pick some random number then pergi setting and klik block. and you're done ! *ikut phone engkauoranglaa, bukan kita pakai phone yang sama ye dak*

Tapi block zaman sekarang ni boleh buat main main je. Bagi aku, ada 3 type orang yang block ni. 

1) block sekejap dan unblock balik ; sebab ego je konon nya, ikut perasaan, marah tapi tak lama
2) block terus and totally don't care ; sebab benci, harrassment, fraud 
3) block and still cares ; sebab kau bukan jenis move on, psychotic, and so on.


Type no satu tu, tak serius. Kira macam kes ringan ringan, ala ala manja gitu. Banyak apa-- orang tak boleh control temper, and terikut perasaan. Sakit hati, marah je-- block terus. Then, dah cool down sikit baru boleh berfikir waras. Ok laaa, unblock balik. Sebab tu, elakkan buat keputusan dikala sedang marah, itu semua syaitonnirojim, Allahu. Bila dah rasa marah sangat tu, baik diam je. Don't react to anything. Calm down. So, takda laa kau tergolong dalam type yang satu ni dikkk. Tak keeeee buat kena bahan di hari kedepan kelak, main main block unblock macam budak tak matang ni. Haih. 

Type kedua ni, bagi aku la. Serius. Level serius yang tinggi. Sebab kau seolah tak pandang kebelakang dah. Hahahaha. Apesal dramatik sangat. Ok, gelak sorang. Sambung.

Contoh, macam kau kena ganggu dengan orang kau tak suka, kau dah cakap taknak, jangan ganggu, and pulaknya orang tu tak ke faham bahasa apa sahaja yang kau gunakan. Maka nya, tak lut lah di kepala otaknya apa jua yang kau katakan padanya. Haaa cenggitu. Maka ini makan dia, kau rasa rimas, kau rasa meluat, dan paling teruk kau benci dia *kes-kes tertentu* ; Selayaknya lah kau campakkan dia di dalam block list kau dan mereput lah dia di situ sebab ; tak nya hengko heran dengan kewujudan dia dalam kehidupan hengko lagi. Maka berhuhu lah di situ. Ok habis. Kalau panjang kan lagi mungkin boleh emosi. 

Yang last ni, yang aku nak sembangkan sebenarnya. Kenapa kau block seseorang itu ? Dan apa sebenarnya fungsi block ni ? Ok, kalau naik ikutkan, block ni selayaknya di level type no dua tadi. Kau block dan kau tak perlu kisah dah. Tapi ada jenis yang ketiga ni dia macam 50-50. Dia dah block tapi dia sendiri pergi cari segala lubuk untuk tahu perkembangan orang kau block. So, here it is. 

If you still cares, just cares. Tak perlu nak ego pretend like you don't care. Tak penat ? Pungpang pungpang macam tak kisah, tapi habis segala lubuk kau boleh cari ; kau cari. Awak block ni, awak nak tunjuk apa sebenarnya ? Okay. 

Lain orang lain cara, aku sendiri ada type no 1 dan 2 tu, tapi no 3 ? Not even once. Penyabar macam mana pun kita, ada dia satu tahap yang kita boleh meletup dan buat keputusan terburu-buru, Sebab tu ada nya keputusan childish main block unblock ni. Ya, aku juga ada. Dan aku juga punya 5 contact dalam block list yang aku dah tak pernah peduli lepas campakkan mereka dalam list tu. Atas sebab gangguan spam online seller, dan juga gangguan yang entah apa apa. 

For me, sejauh mana kau salah dengan aku, atau kau marah aku, kau benci aku, kau cuba sakitkan hati aku, kau ganggu kehidupan seharian aku, aku fed up dengan kau, I just deal with it. Yes, deal with it. If I wanna care, I just care. I'll follow, I'll friend in whatever form I can connect to you. The difference is, I just stay connected, and stay silent. No communication.That's me. But if it turns out the other way, you blocked me but still wanna care what I do for life ; I will just let you see what-you-want-to-know. I set it all to Public to let you see tanpa buat kau rasa ego kau jatuh kalau kau stay connected and makes me think " Eleh, nak tau apa aku buat lattteeww. " Certain people will go far ahead, sampai buat fake account and all. But I have nothing to hide anyway. I'll just let you see. If kau bukan sampai ke tahap yang buat aku masukkan kan ke type no 2 tadi la. 

Again.

If you wanna care, just care. If you don't want, just walk away. 

Insan ini dah terbiasa, kena block. Disalahkan. Dipersalahkan, Dan ada juga datang dari salah sendiri. Yang lebih hebat, tidak punya salah dari tidak saling mengenali juga pernah. 


Live your life. Stay happy. Pray for your own happiness. Do not shadow your life with shits people gave you. Shit does happen. But it  just doing it's part to make sure, you create a better future. 



Sekian,

Dari insan yang terbiasa di block,
Keliru sebenarnya,
Block block tapi masih kisah,
Awak nak apa dalam hidup awak sebenarnya ?






Rabu, 6 April 2016

STRUGGLE

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

A friend of mine shared this one Facebook Status yesterday.
---------------------------------------------------------------

MAAF. 
Empat huruf dan sebutan yang sangat pendek.
Selalu saya dengar mana-mana motivator pun asyik sebut 'maafkan semua orang', 'minta maaf setiap hari', 'jangan simpan dendam, maafkanlah'.
Lantas?
Kita pun sebutlah, baiklah aku maafkan dia. Tapi, kita masih tak boleh nak pi jumpa temu muka atau berbalas senyum atas sebab 'forgive but not forget'.
Hmm. Maafkan kah itu? Cuba-cuba tanya hati, tanya hat yang paling pelusuk dalam. Sudah ka dimaafkan? Sudah ka seikhlas hati mohon maaf?
Dulu saya fikir, saya sudah maafkan semua. Saya sudah mohon maaf, seikhlas hati. Tapi rupanya, bila saya terkenang perkara-perkara lama yang tak seronok, sakit itu masih ada. Ya, rupanya kemaafan tu tak benar-benar habis.
Hidup kita ni macam air. Air, kalau ada sampah tersumbat, air tak boleh jalan dan banjir melimpah. Silap-silap hari bulan jadi busuk. Sama juga macam hati kita, relate to our life.
Kita upgrade lah ilmu ke, appearance ke, income ke, whatsoever. Tapi kalau ada blockage dalaman, things will always going wrong. Pi belajar sampai harga 10k tapi nothing happen, income masuk dasyat tapi 90% habis bayar hutang, barang niaga rosak, kereta buat hal dan macam-macam lagi.
It's time to muhasabah diri. Duduk bercakap dengan diri sendiri. Sebut satu-satu nama orang penting dalam hidup kita. Keluarga, sahabat, cikgu, siapa sahaja. Ada yang kita belum maafkan? Ada yang bila kita ternampak dia di mana-mana, dada berdegup deras?
Jika ada kekuatan, pi jumpa muka, salam, dan peluk erat sambil mohon maaf. Jika tidak, ambil pen dan kertas dan tulislah rasa hati di situ. Pos atau cari lah cara macam mana nak sampaikan pada dia.
(Email pun boleh)
Ada tips tambahan; kalau kita ada bad thought pasal someone & dia tak tahu pun, bila-bila berziarahlah dan di akhir pertemuan apabila bersalam, lafazkanlah saya minta maaf jika ada salah silap ya. Walau mungkin dia tak faham kenapa dan apa. Done.
Saya dah buat. Semua yang di atas.
Saya tak suruh percaya, saya cuma minta, cuba lah. Tak rugi mana kita rendahkan ego. Allah pun tak rugi kalau kita gaduh-gaduh marah-marah dendam-dendam, tapi Allah bagi ganjaran bila kita memaafkan. Sweet kan?
---------------------------------------------------------------

Sungguh aku terkesan dengan kata - kata ini. 'Forgive but no to forget.' Well said. Sebab banyak manusia cuba jadi pemaaf sebaik mungkin, tapi rasa sakit masih ada. Aku antara manusia kebanyakan itu.
I've tried. And aku rasa 'Ya, aku boleh jadi seorang pemaaf, kenapa tidak? Dari sekecil kecil perkara sehingga sebesar - besar perkara. Why not?' But literally, I'm not. Allahu. 
Boleh menangis sepuasnya boleh mengadu semahunya, but don't ever tell people to put yourself in other shoes. Because tak akan ada orang boleh rasa sakit seperti apa yang kita rasa unless they've gone through it. Kau pergilah mengadu pada sesiapa pun, keluarga, sahabat baik, anyone, first things they could say is Sabar. Aku faham ; kerana perkataan ini juga meniti dibibir saat sahabat handai muncul meluahkan apa yang terpendam. But the thing is, kita semua sedar kita kena Sabar. Cuma rasa, kadang - kadang tak mengizinkan. Terlalu ikut hati. 
At times, I was sick and hurt that I couldn't help to keep it alone anymore, my mom hug me, cried along with me and says, " Mungkin ini kifarah. Dulu ada insan yang baik yang berkawan dengan Angah tapi Angah sakitkan hati orang. Jadi kali ini, giliran Angah.
Pada ketika itu, aku mula berfikir. Ya. Orang sakiti aku, tapi aku juga pernah sakiti orang. Kifarah. It's my turn. It has come. I come to ask myself a question " Did I ask their apology sincerely? Did they apologized me with their full heart? Did me? Did they? " Allahuakbar. 
Kifarah. Begini sakitnya orang yang dah aku sakiti. Sakit. Muhasabah diri. 
Bukan senang nak kejar kebaikan, perlu sabar yang banyak, perlu tenang setenang nya. Di saat aku mula belajar untuk kejar apa itu kebaikan, ini yang aku perlu tempuhi. Aku tak boleh sama sekali undur masa. Aku tak punya kuasa itu. At times, aku kena tempuhi dan teruskan perjalanan.  الله tengah duga, sekuat mana kau pertahankan iman dalam diri. 
I've been hurt a long time ago. I've forgive him and it takes years for me to actually take out all the hatred, till what makes me now. I can actually, confront him without any feelings, sakit hati, talk naturally. All. This is the thing. Forgive and forget. I learnt. 
Untuk kesekian kalinya, hari ini, yang menjadikan aku sekarang, I can simply forgive anything you do, no matter how much lie and shit you've been doing ; aku letak tangan pada dada and say " Maafkan. Bersihkan hati belajar memaafkan. Takpa, manusia mana tak buat silap. Takpa, ini satu je lagi الله nak duga. You can get through this. InsyaAllah. "
Yes, aku maafkan. Sehingga aku jumpa artikel ini, aku mula sedar aku tak benar benar memaafkan. Kerana jauh di pelusuk hati aku, ada sakit yang menikam-nikam. Yang cuba aku kambus tapi tak terkambus. الله . kerana sakit kali ini mungkin masa yang lama. Sehingga mulut kata redha tapi hati? 
Sehingga dah mula rasa aku bukan redha, aku mula pasrah dengan setiap ketentuan-Nya. Tak ada satu pun jalan cerita yang الله beri kalau kita tak mampu. Dan semuanya yang terbaik untuk hamba-Nya. Bukan taknak usaha, mungkin dah terlalu penat nak tempuh sampai aku rasa aku cuma nak lalui semuanya tanpa berbuat apa-apa. Pasrah. Serahkan semuanya. Aku tak mengalah, tapi aku kelihatan tak mahu bangkit. 
Ya.
Aku pasrah.
Aku sedang pasrah.
Doakan yang baik-baik supanya semuanya akan jadi baik. Jika kalian sudi mendoakan yang baik baik buat aku. 
Amin. 



Isnin, 28 Mac 2016

PENYAKIT

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

18 Mac 2016 - Jumaat
الله timpakan aku dengan penyakit. SubhanaAllah. Sungguh aku rasa bersyukur. Kerana penyakit itu buat aku benar benar rasa kebesaran-Nya ; rasa kasih sayang-Nya pada hamba-Nya yang hina ini. Betapa ikhlasnya aku mohon untuk disembuhkan dari penyakit ini. Penyakit yang hanya Dia punya penawar. Ditimpa kan pula aku pada Hari Jumaat yang mulia. Alhamdulillah, Sungguh aku syukur. 

Seolah-olah aku punya ruang untuk aku muhasabah diri aku di hari kebelakang yang aku alpa dalam permainan dunia yang sementara ini. Dia beri aku peluang kembali ke jalan-Nya. Ya الله, masih sayang Dia pada hamba-Nya yang lupakan Dia. Hamba yang Dia tutup segala aib. 

Sungguh. Aku tak sangka aku akan melalui hari yang sedemikian sepanjang hidup aku. Yang banyak aku baca, dengar, lihat dari kehidupan dunia sementara ni. Seminggu aku berpenyakit, seminggu itu jugaklah aku revised sepanjang kehidupan aku, segala dosa, segala gelak ketawa, yang mana dusta yang mana benar. Sehingga aku tersedar. Syukurnya aku ditimpakan penyakit, bila lagi aku nak sedar semua ini? 

Aku tak sepatunya mengeluh, tak sepatutnya ada persoalan seperti 'kenapa aku?' 'kenapa buat macam ni?' kenapa itu kenapa ini. Kerana الله tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupan-Nya. (Al-Baqarah : 286) 

Kerana aku mampu maka aku diuji sedemikian. Seminggu yang banyak menyedarkan aku, Tahun yang banyak membuka mata aku. Melihat kaca yang disangka permata. Mendiamkan diri dari orang sekeliling dalam proses berubat buat aku rasa sangat lapang. Tak pernah aku rasa selapang itu. Mungkin ada yang beranggapan, aku menjauhkan diri dari semuaorang atas dasar apa yang bakal berlaku dalam minggu itu. Sama sekali tidak. Tak sempat untuk aku berfikir pun soal hal keliling di saat aku berperang dengan penyakit aku sendiri. Aku didalam dunia aku, Kembali ke jalan yang sebenarnya. Ya. itu aku lakukan sepanjang minggu itu. Berperang dengan penyakit. 

Sungguh sakit itu penghapus dosa, Dipotongnya selera makan, ditarik nya nikmat tidur. Dihilangkan seri muka. Sungguh aku tak bermaya. Sungguh aku kasihan pada diri sendiri. Kasihan pada orang tua yang sedih melihat keadaan aku. Mak yang sedaya upaya masak sesedapnya supaya aku jamah air tangannya, tapi aku cuma mampu merasa hujung hujung sudu. Sehingga makan pun aku rasa payah, menitik air mata hanya kerana tak boleh nak menjamah usaha seorang emak. Aku lapar, aku nak makan tapi sayang aku tak boleh telan. Berat. Berat perasaan ketika itu. 

Perlahan-lahan aku terima apa yang terjadi. Aku cuma mahu sembuh. Sungguh ketika itu aku dah tak mampu nak bangkit. Paling tak sangka aku berjaya laluinya, SubhanaAllah. Terima kasih Ya الله . Kau bantu hamba ini. Setiap pagi, aku bangun untuk melihat langit yang membiru, aku senyum dan berkata dalam hati ' Ya. Aku masih diberi peluang melihat hari ini. الله beri peluang. Apa lagi yang kau nak minta?' Aku senyum senyum, walaupun air mata sentiasa meniti tebing mata. 

Sungguh penyakit ini juga buat aku banyak belajar menerima apa yang terjadi. Belajar redha. Belajar lihat kesilapan sendiri. Tak sangka aku boleh se-redha dan se-sabar ini. الله .  ini yang aku nak belajar. الله tak datangkan pelangi tanpa hujan. Ada pelangi yang indah bakal menjelma sebalik semua ini. Sungguh aku kasihan pada diri sendiri pada kehidupan aku beberapa tahun ini. الله nak tunjuk sekelip mata dalam satu penyakit. 

Pesan pada diri sendiri, sebesar mana pun orang buat salah pada kita, tenangkan hati, dan fikirkan kemungkinan dari pihak kita. kerana bila kita ikutkan amarah, syaitan itu dah kuasai hati kita. Buat kita susah terima apa jadi. Kerana itu bila marah, diam, tenangkan hati, baru boleh mula berbicara. amalkan. Diri sendiri mungkin tak sangka kita boleh ubah kehidupan kita kerana perkara perkara begini, memaafkan sebesar besar kesalahan, menerima dan redha dengan apa yang terjadi dan paling penting, menjadi orang yang sabar. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Dalam Islam ada Kafarah, biar Dia tentukan kafarah manusia. serahkan semua pada الله  ; InsyaAllah kau akan capai ketenangan dalam hati. 

Sesungguhnya, aku lihat kebesaran-Nya, bagaimana الله bantu, termasuk kafarah yang الله beri sebaik sahaja aku pilih untuk serahkan seikhlasnya kepada-Nya. Satu persatu aku lihat. SubhanaAllah, sungguh aku kagum. Mohon ampun untuk segala dosa. Mohon pertolongan, mohon diberi petunjuk untuk kembali, mohon untuk berikan satu keputusan. Moga الله bantu. Moga الله bantu. Maafkan semua orang sebelum tidur. Jangan lupa kita sendiri juga perlu mohon maaf. 

Syukur Alhamdulillah.
Wassalam. 

Ahad, 28 Februari 2016

Cameron Highlands On February !

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Since, tarikh hari ini adalah tarikh yang cuma ada 4 tahun sekali, mari kita bangkitkan mood menulis kita. Bulan Februari yang penuh rasa gembira di awal pertengahan bulan dan mengundang rasa sakit hati sikit bila sampai nak hujung. Mungkin amarah seorang Wany itu dah sampai pada level yang tak dibendung. But still, I'll take the positive and masuk garbage the negative. 

So, memandangkan Februari ada bulan Tahun Baru Cina, it looks like bulan yang rezeki angpau disana sini. Alhamdulillah. Oleh itu, ia telah membawa kita ke Cameron Highlands. Orang lain dah banyak kali naik turun Cameron Highlands ni, tapi kita ni baru first time nak pergi. At first, kalau fikir soal Cameron ni, rasa macam 'apa lah nak sejuk sangat, over je yang kata sejuk ni.' Dah sampai atas sana, I finally understand. Well, you shouldn't be such a judgemental person kan. Dah la tak betah sangat dengan environment sejuk, tetiba rasa ' wehhhhh nak balik Manjung yang panas.' bila balik Manjung rasa nak patah balik Cameron. Kau nak apa sebenarnya ? Kaki ? 


Sebaik je sampai, mendaki ladang teh dulu. What a view! Senyum meleret padahal baru berperang dengan kepala sebab pening dengan jalan nak naik. Nampak macam panas tapi environment sejuk mengatasi segalanya. Dah settled down for a bit, kita teruskan perjalanan ke atas lagi. So, on the way, nak check in kita singgah mana mana yang patut ye? So, the next pit stop Cameron Lavender. 

I didn't get in yet. Ini baru kat parking ok. 
Entrance Fees untuk Cameron Lavender cuma RM8. So go around tour all those beautiful flowers, apalah sangat RM8 tu kan. What a view lagi. So, jalan dalam environment sejuk dan dikelilingi bunga bungaan yang cantik memang ummmpphh. Terasa diri sendiri pun cantik. *tersedak sendiri*

ni hiasan dalam Lavender Garden ni. Macam patung orang kerdil dalam taman-taman omputih tu. Tapi versi giant muslimah. 

Ada lagi bahagian atas, So jangan buat u-turn turun dulu. Kita naik atas, strawberry pun ada, nak petik sendiri? Haaa, petik petik, pastu jangan lupa bayar, jangan nak buat ladang tu engko punya pulak. 


Her heart was a secret garden and the walls were very high.
So, Cameron Lavender. Checked. Teruskan perjalanan untuk check in di Tanah Rata, sebab dah tak larat berperang dengan pening ajak gaduh dalam kepala. Rest for a bit, and keluar balik ke BiG Red Strawberry Farm. Untuk trip ni, tak berapa nak makan sangat sebab berlawan dengan pening nak muntah so tak berapa nak selera. Tapi kalau datang Big Red Strawberry ni pleaseeee lahhhh try whatsover yang ada dalam menu. Aku cuma try Strawberry Float dia je. huuuuu~ Moga terus tabah. 

here comes the Big Strawberry.

Kat sini, paling memukau matakuuuu adalahhhhh Saladddddd. What a Salad Heaven. Hahahaha. Geram geram je tgok Salad dia kat sini. Sejambak sejambak. Peminat tegar Salad takda gambar Salad. hew hew hew hew. So kayy so kay, you tetap dihati i okay ?

Besides, strawberry and salad, sini pun ada garden berpasu-pasu bunga. Boleh beli bawak bawak balik kat emak untuk tanam kat kebun eh? Tak payah nak cakap kat rumah takda kebun, mak aku berkebun belakang rumah je, apa benda je takda belakang rumah tu ? Tapi aku cakap je lebih la, aku sendiri pun tak beli bunga, sebab dah banyak sangat dengar orang cakap beli bunga kat Cameron, nanti turun je bawah dah layu tak macam kat atas, so awak duduk je lah diam diam kat Cameron ni eh.



Ohh, ada satu perkara kat Cameron ni buat aku rasa teruja ke jakun aku tak dapat nak kenal pasti. hahaha. Masa aku sampai tu, tengah hari. And since aku pergi on weekdays, so sekolah mestilah berjalan seperti biasa. At time aku sampai, adik adik yang bersekolah bersepah sepah di tepi jalan, baru balik sekolah. Tetiba rasa macam tak duduk Malaysia, sebab semua pakai sweater sekolah. Biasa tengok budak sekolah dengan baju sekolah je, ni baju sekolah dan sweater sekolah. I bet mestilah pihak sekolah tak benarkan student pakai sweater personal, so mereka come up with sweater sekolah. Rasa duduk Jepun sangatttt. Ok, aku dah kenalpasti dah ; aku syak aku jakun. mesti orang Cameron gebu gebas sebab environment yang sejuk manjang. huuuu~


A good breakfast fuels you up and gets you ready for the day. 

Good breakfast gives you happy stomach. So do mine :) 
So, breakfast tepi garden in open environment was totally an amazing breakfast. tapi jodoh kita sampai sini je lah ek. Mari kita teruskan perjalanan hari ini. Di Cameron ni jugak adalah tempat kau boleh tengok mat saleh bersepah sepah on foot travel tepi jalan. Tempat yang mana kau jugak boleh tengok mat saleh letak beg and bagi sign untuk tumpang. Macam yang kau ada tengok kat tv. Haa kau boleh jumpa kat Cameron ni. 

So, pit stop pertama before balik, pasar. Pasar tempat yang kau boleh beli bunga, sayur-sayuran dan strawberry. Bunga tu memang geram-geram je nak beli, tapi masih bertahan untuk tak beli. Jadi before borong apa-apa, jalan dari depan ke belakang and found Kea Garden. Memang flowers heaven sangat. Too much colours to cherish. 




Kea Garden yang didatangkan dengan pakej wanita cantik. hahaha
*masuk bakul angkat sendiri lagik*
Habis borong segala mak nenek yang patut diborong kita ke pit stop kedua. Arandanova. Tahu apa aku cari kat sini ? 3D Museum je. Sebab orang lain dah pergi merata-rata, teringin jugak nak masuk sekali 3D Museum ni. Tahun lepas pergi Langkawi pun tak dapat masuk, so since Cameron ada satu, I try to walk in. 

Masa aku masuk 3D Museum ni, obviously weekdays memang tak banyak pelancong, so museum ni pun tak ada orang. Masa mula mula masuk tu je ada one couples, tapi dorang dah at the end of Museum dah. So, typical lah ada photographer yang making money dalam tempat tempat camni. Photographer yang ambil kan gambar korang, and buat korang dilemma untuk beli gambar tu at the end. That type of phographer. 

Disebabkan takda orang maka disiniilaaahh bermulanya sesi rasa tak selesa kena ikut dengan photog ni, aku rasa macam 'memang aku bayar masuk sini untuk jadi model kau je'  No privacy. Walupun dah tolak taknak, but still paksa paksa. Ini paling spoil dalam trip ni. 


So, lepas masuk je museum 3D ni, aku rasa aku takda bakat untuk amik gambar dalam ni, sebab tak tahu amik macam mana nak nmpak real 3D nya tu. Plus, photog tu punya gambar pun, macam 'asal boleh' je. banyak blur pulak tu. Kalau engkauorang nak print out gambar yang diorang amik please make sure worth it. Sebab dia charge RM25 sekeping and printing jadi blur padahal kat komputer okay. So nasihat aku, jangan buang duit je lah. Kalau photog tu kacau engkauorang, kau bagi salam boleh blah je kat dia k. Marah betul aku. 

Sebab kan mood dah spoil singgah lagi satu Ladang Teh. Ala, Ladang Teh yang shooting Ombak Rindu tu. Haa kat situ, pehh jalan dia pun boleh tahan belit belit and sereeemm jugakk. Tapi view yang SubhanaAllah. Boleh pegi duduk lepak lepak kat cafe, boleh masuk kilang proses teh. Pastu berenti tepi jalan untuk view Ladang Teh yang menyeluruh. Hahahaha. Sis gila gambar. Jangan kecam sis. 



So, goodbye Cameron Highlands. 
Dah boleh planning untuk trip bulan 3 pulak kot ? Macam tahun kaki berjalan pulak. Tapi kalau pergi tempat sightseeing macam Cameron ni kureenngg sikit. Apapun, setiap tempat ada keistimewaan sendiri. So, nanti aku fikirkan whether I'll come back or not for Cameron Highlands since jalan nak naik atas tu umpama onak dan duri buat aku. hmmmm. 

So should we go for adventurous for the next trip ? 



Until then!
*update 

Selit satu video frust. Frust sebab dapat edit first day of trip je, sebab the rest video accidentally deleted and tak dapat diselamatkan, dan masih tak boleh move on sebab video di delete. bleergghh, so atas sebab frust jugak terus tak semangat nak pilih background song. maka terhasil lah satu video halfway with random background song. 


Isnin, 22 Februari 2016

الله dah tutup Aib kita, Kenapa kita sibuk sibuk nak buka?

Sesiapa yang telah melakukan dosa kemudian dia belum bertaubat kepada الله lalu الله ampunkan dosa dan الله simpan rahsia kita. Tetapi kita membuka cerita, maka الله  sangat sangat murka.

Dosa yang boleh dicerita kan            : Dosa umum, “Dulu aku banyak dosa, aku laqha”
Dosa yang tak boleh diceritakan : Dosa khususiah, yang mengaibkan, mendatangkan fitnah dan sebagainya.

Walaupun, kepada pasangan (suami/isteri) sendiri. TIDAK WAJIB jawab jika ditanya. 
Kerana hati manusia boleh rosak sekelip mata ; dan perkahwinan itu hancur lebur.

Mengadu lah pada الله, kerana الله sebaik-baik penyimpan rahsia.

Kawan kita, baiklah macam mana pun, kalau bergaduh akan dikhabarkan juga. Orang paling rapat dengan kita adalah isteri (pasangan) kita. Sebab itu didalam Islam bila bercerai, HARAM mendedahkan keaiban pasangan masing-masing. 

Bukan tujuan menipu, tetapi untuk menjaga maruah.

الله أكبر

- Petikan tazkirah Ustaz Azhar Idrus - 



Selasa, 12 Januari 2016

A great start of 2016!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

So, untuk permulaan 2016 ni kita mulakan dengan jenjalan. Jenjalan yang disponsor k. Selama bekerja tak pernah lagi merasa berjalan dengan staff company. I meant since I started working on 2012. Bila bekerja as Tour Leader dulu adalah, tapi bukanlah berjalan ; it still working. So this is the first time I've worked at a place yang appreciate staff dengan treat a trip for us. *puji lebih sikit sebab dapat pergi trip free.*

nakkk jugakk tepek muka sendiri. dasar tak tahu malu !
At first, kita punya plan was Langkawi, since our boss ada little kids to bring along so kita tukar in a win-win situation bilamana we all boleh have fun tak lupa juga anak-anak dia. We ask for Sunway Lagoon, but it too expensive too afford us staff yang berapa kerat ni, so A Famosa is the final decision. It's totally a blast at A Famosa. He get us Full Package dari Pagi sampai ke malam. Penat tak hengat. 

Once kita semua sampai ja A Famosa, we get to Waterpark dulu, sebab nak masuk Safari sebab nak tengok animal show yang bermacam-macam dalam tu. So sebab show dia banyak ke petang sebab pagi punya kita dah terlepas, so apa kata terjun air dulu? Tak lah, terjun sangat, Kita tak basah mana pun sebab kita ride all slides yang available dalam tu. HAHAHAHA! The best slides for me is the BIG ICE CREAM ! Serious ah, memang best giler. Plus, we go on weekdays, and masa tu dah buka sekolah so tak berapa ramai orang sangat. Jadi tak perlulah nak queue amik gilran ke apa just to ride the slides. I'm pretty sure siapa-siapa yang pergi time school holiday itu-ari CONFIRM! kena queue lama to ride kan? Padan muka. Kehkehkehkeh. 

Big Ice Cream Slide *gambar ehsan google*
So, sebab kita amik pakej full kita agak rushing jugaklah sebab bos kita yang sangat concern taknak kita terlepas show show yang menarik dalam Safari. So once, kita dah ride semua slides tak sempat nak feeling feeling scuba diving snorkelling ke apa, kita terus tukar baju and masuk Safari yakni bersebelahan dengan waterpark ajooooo. A Famosa punya Safari ni memang boleh tahan jugak aah dia punya tempat, Sebab memang banyak sangat show diorang and ternyata lebih dekat with all the animals semua. So untuk orang yang seperti aku ni, of course lah macam jakun sikit bila dedekat dengan segala macam ternakan dalam ni, Walaupun pernah masuk Zoo Taiping suatu ketika dulu. Paling rasa excited bila sentuh Gajah. Kah! Apa hal kan? Gajah comel kot, Dengan show dia yang comel geleng kepala no no no tu. ohhhhh maiiiiii. Paling nakal sebab at last show dia sembur kitorang yang audience kat depan ni dengan air. Bukan main eh kau, basahkan kitorang? 


Ni budak baik. Ye, aku budak baik kan dia aje lah. 
Colour of the birds Show. Fokus sangat tu kak bedah !
Dah habis tengok segala bagai show dalam ni, So, untuk last tour before check in, kami ride Safari Tour. Kena caged kauuuuu! Sebab ada qhimaaauuu kan, so kenalah caged, kang tak pasal pasal kena terkam. So far, naik truck ok lah, aku tak berkenan sangat sebab nak masuk Safari ada banyak pagar, so memang banyak kali stop nak tungu pagar bukak tutup dari satu part ke part yang lain. Bukan apa, kira keselamatan amatlah terjaga diorang buat macam ni since haiwan yang dalam Safari tu ada qhimauu kan. 


Walaupun kena caged. Walauuuuuuppuuuunnnnn
Dah penat lelah kitorang tawaf Safari ni barulah kitorang pergi check-in. Tapi serius ah terpegun dengan A Famosa Resort ni, bukan main besar lagi tempat dia woih. Maafkanlah dengan kebatak-kan kita ni, Firts time pergi kan. Ohh, belum habis lagi meronda A Famosa ni since pakej tiket kitorang sampai ke malam. So, part malam kitorang tinggal nak masuk Old West je. Bos aku cakap Cowboy Town. Old West ni bukak sampai 12 tengah malam, so disebabkan dia punya time nak tutup tu lambat lagi kitorg singgah Premium Melaka Outlet yang baru buka Krismas itu-ari dulu. 

Premium Outlet Melaka ni konsep open air. Seronok lah. Mostly, branded item lah. Orang macam aku takat cuci mata boleh lah. Tapi aku suka ah konsep dia yang open air tu, macam Tesco Stargate kat Kedah nuhuuuuuu. 

Seorang Wany sedang berangan di New Zealand. Lembu mana lembu? 

Tak boleh nak cerita banyak sebab kat sini aku cuma melangkah ke kedai Victoria Secret jahh. Typical perempuan macam aku pantang tengok kedai macam tu. =___________=

So we're back to A Famosa again, sebab dekat sangat sebelah je pun, and step in to Old West. Kitorg dah lewat senanya, around 11.00 PM macam tu baru masuk, Old West pun dah lenggang, tinggal staff diorang je. Kalau datang awal akan ada 4D show apa segala bagai la. Tapi kami just nak tour je Old West ni sebab dah terlalu penat sangat seharian. Tapi sebab kan amik tiket full package ni kitorang gagahi jua masuk sini. Menarik ah konsep Cowboy Town dia ; macam engkau-orang tengok dalam filem English lelama punya tu ah, lebih kurang sama ja. 

apa-apa lah, kena penyek pun kena penyek ah !
bila boleh balik ni woih !


So, the end of Day One. 

So, the next day we woke up with the beautiful lake view of the resort. SubhanaAllah, tak tahu nak gambarkan macam mana cantiknya tempat tu. Tapi tak dapat nak betul-betul go through tempat tu betul-betul sebab we have to move on to the next destination. So, Goodbye A Famosa ! Jika berjodoh, mungkin jumpa lagi? InsyaAllah. 

oo-oo-tee-dee of the second day ;
" Every woman is beautiful, It just takes the right man to see it. "

So we're heading to One Utama Kuala Lumpur. Ini pun first time aku jejak kat mall besare gedabak nih. Frankly speaking aku bukan lah seorang penyabar untuk jejak ke Kota Kuala Lumpur. Untuk menghadapi jalan nya yang penuh liku plus jammed. A big NO ! Besar gilaaaaaaaaaa One Utama ni. Ada new wing ah , old wing ah, time lunch hour pun bukan main sesak jugak. Quite interesting jugak sebab mall dia banyak dengan restoran cafe segala mak nenek makan. No wonder lah bos cakap, dia nak treat makan after lunch hour. Sebab lunch hour dia oooo maaakk aiii, memang penuh dengan office staff. Untuk food hunter mungkin ini syurga makanan buat depa. Banyak jugak Non-Halal restaurant sini, So be pick wisely okay? We had our lunch dekat Absolute Thai. Tomyam dia memang kaw ah, satisfied enough. Habis makan sambung pusing lagi, sumpah rasa nak muntah pusing, rasa macam "Bilaaaaa wehhhh nak habis pusingggg, naaaaaakkkkkkk balikkkkkkkkkkkk !"

The whole team of Six Pack Fitness Center

Done with shopping and all stuff done at One Utama, head up to Genting Highlands. Genting ni buat syarat jaahhh, beria sangat bos kitorang nak naik. and since most of our staff bukan Muslim, so genting is a kind of Heaven buat mereka because of the Casino. For us, just wander around kat situ aje lah. It's my third time after all. Last time on 2013, itu pun bawak group yang 6 bijik bas dulu tu. Pheww ! So aku memang looking forward ah nak check-in sini lagi sebab adore dengan konsep Lobby First World Hotel ala-ala forest tu. 

So disebabkan kat seharian di Melaka kami pack dengan aktiviti yang tak sudah, so second day dekat KL dengan Genting ni kitorang Free and Easy aje lah. Memang banyak masa terluang. Sesampai je kat puncak kitorang pegi beli tiket wayang. Bos ah recommend sangat suruh tengok wayang kat atas ni. Kebetulan pulak tak bawak sweater so rasa macam nak nightmare jugak lah bila fikir akan kesejukan kat dalam wayang tu, but mujuuuuurrrrrlllaaaahhhh the nightmare wasn't happen! Sebab tak sejuk ppoonnnnnnn! *nada angkuh berlagak riak dan sombong. Kuajaaaa okay.* 

So, movie start around 1040 PM, and sebab we had lunch lambat siang hari tadi, jadi tak berapa nak lapar. Di sini hakak hendaklah ingatkan adik-adik kakak-kakak mak-mak bapak-bapak abang-abang lengchai-lenglui semua bahawasanya segala mak nenek restaurant makanan kat Genting ni mahal tak hengat! Yang paling boleh blah rega nya cuma lah Marry Brown. So, sesapa yang tak pernah naik and check-in sini pepandai engkauoranglah bawak makanan sendiri ke apa. Mineral pun RM 3 untuk botol kecik tu tautak. Pembetulan, bukan mineral tapi Drinking Water. RM 3 ye RM 3. 

So keluar je movie memang dah tak bapa ada orang kat area area Indoor tu. Kedai pun tutup. Yang ada cumalah restaurant 24 Hours ja. And Casino yang memang tak tutup lah. 

So before kita balik bilik apa kata kita singgah London jap?
*Good Night*

So, third day we woke up with very thick fog. Memang tak nampak apa since kitorang stay at 23rd Floor. So it's okay it's okay. Gua faham ah kenapa orang overseas tak mandi time winter. Gua faham situasi engkauorang. Gua faham. 

Turun je bawah tak terus main attractions kat situ, kita merayap kat segala mak nenek kedai kat situ sekadar cuci mata, tambah lagi engkau nak menunggu manusia manusia yang sememangnya mempraktikkan 'Janji Melayu'. So faham faham lah. 

Aku memang menolak segala jenis bagai rumah hantu, and aku adalah pencinta muzium. So since last time aku jejak Genting memang teringin sangat nak masuk Ripley's Believe it or Not. Tapi semuaoranggggg takkkkk nakkkk masukkkkkkkkk T_______T . Sebabkan dua dua entrance fees Haunted House dengan Ripley's sama. So semua capai kata sepakat masuk Haunted House kecuali aku. Kena drag ah. Jangan cakap ah macam mana menjerit macam orang giler kat dalam tu, keluar je terus rasa takda kaki nak jalan. Sebenarnya, bagi orang biasa diorang akan rasa biasa, bagi aku yang allergic ni je ah yang memang rasa rumah hantu tu horror sangat. Tssskk !

Untuk pulihkan semangat dakuu yang dah hilang kaki sebentar tadi, kita terjah masuk Snow World pulak. Meh jadi bebudak. Masuk ni ada slot, satu slot 40 minit ja. Memula pikir jugak "dah kenapa 40 minit je? " tibai ja laa labuu. Sebaik saja jejak masuk ke Snow World tu terus fahammm kenapa 40 minit je satu slot, 10 Minit pun tak sanggup dah duduk dalam tu. 5'c kat dalam habis kaki tangan beku keras nafas ala ala duduk dalam winter kat overseas, feeling sangat. Hendaklah di ingatkan kat sini bahawasanya nak masuk Snow World ni segala jenis camera tidak dibenarkan sama sekali termasuk Handphone. Semua kena simpan dalam loker yang disediakan. Sebab kat dalam dah ada photographer. Masa kitorang masuk tu ada tiga orang photog. Lepas kau beronok-ronok pose sana pose sini, tunggu kau keluar jap lagi macam mana kau dalam dilema nak pilih gambar gambar yang kau nak dengan harga tercekik diri sendiri. HAHAHAHAHAHAHA. 


bawah ;
Welcome to the Snow World

Middle ;
Pasukan Koir Six Pack Fitness Center

Atas ;
Winter Peace



Cuci satu keping RM 53.00, tercekik tak? Gambar kitorang ada 17 keping, kau rasa? 
Matilaaaanaaaakkkkk !
Pandai engkauorang buat duit kan. hmmmmmmm.

So, the entry has come to the end. Ini je video yang ada sepanjang trip ini sebagai penutup. May this 2016, be the greatest year of all. For those who reading tooo ! Have a blast!