About Me

Foto saya
A bird sitting on a tree is never afraid of the branch breaking, because her trust is not on the branch but on it's own wings. Always believe in yourself -- is me.

View This !

Isnin, 11 September 2017

Arwah

6 September 2017 ; 1237 AM

Sungguh rencana Allah itu yang terbaik.
Arwah Abah selamat dikebumi pada 6 September 2017 ; jam 12 tengah hari.
Abah hembuskan nafas terakhir nya di kampung kami , Kampung Alor Ibus, Kuala Kedah.
Perjuangan Abah selama 11 hari tidak sedarkan diri, berakhir di sini. Di kampung ini.

Mungkin kami sedikit ralat dengan beberapa perkara yang menimpa Abah.

Di antaranya ;

  • -          Abah tak sempat balik ke rumah dalam keadaan masih sedar walaupun penglihatan dah kabur dengan teruk. (kerana kami nak usaha ikhitar cara lain merawat mata Abah)
  • -          Abah di transferkan ke HKL dan di sini bermula semuanya.

Ya, jika ditanya dari segi emosi memang terselit perasaan marah.

Kami semua aware Abah menghidap penyakit Buah Pinggang. And we really aware of that. And the thing Abah admitted to ward JUST BECAUSE nak merawat telinga yang sakit for after 8 months. But then, telinga disembuhkan akan tetapi beri komplikasi pada mata. Dan di transferkan ke HKL untuk refer tentang saraf mata.

Setibanya di HKL and admitted there, things gone wrong. Allahuakbar.

Mana pulak dari segi medication. Seorang pesakit buah pinggang, yang tiada penyakit ; Kencing Manis, Darah Tinggi di berikan ubat ubatan ini untuk di consume ? I meant like seriously, what is that ? Saya tak punya sijil dari bidang ini, maka nya saya tertanya tanya.

Once Abah tak sedar dan berada dalam keadaan kritikal, he got many other complications.
  • -          Jantung lemah
  • -          Air banyak di dalam paru paru (sedangkan Abah minum air tak sampai secawan pun, sebab penghidap penyakit buah pinggang tidak boleh minum air yang banyak)
  • -          Darah rendah

Which all these Abah never had. Sehingga abah ditukarkan ke GICU which is much more better than warded kat Institut Kaji Saraf. From staff nurse, nurse and even doctors pun not giving us brief explanation, what has come to Abah masa tu. Sampai dorang simply bagi medication yang not even related to him. While dekat GICU, mereka dapat all the files, and journey Abah from the start warded , why and tak all. Nampak perbezaan ? Ralat.

Hanya kerana mengkaji saraf mata, Abah ended up dalam keadaan kritikal dan never wokes up.
Dan di sebaliknya harapan dan doa, kami juga bersedia menghadapi nya. Allah Maha Kuasa. Siapa kami untuk menidakkan takdir yang dah disusun oleh-Nya.

Meskipun sedikit ralat dengan apa yang berlaku pada Abah di HKL, tiada apa dapat kami sesalkan dihujungnya. Bersama Abah selama 9 Hari dari hari pertama Abah tidak sedarkan diri, dan pulang ke Manjung selama 2 Hari untuk selesaikan urusan dunia yang ditinggalkan, sehingga panggilan perbincangan untuk bawa Abah pulang ke kampung.

Bermula dari jam 7.00 petang Abah dihantar ke kampung menaiki Ambulans dan sampai ke kampung pada 12.00 Malam. Setelah setangah jam berakhirnya hayat Abah. Allahuakbar. Nampak tenang. Tanpa rasa susah.

Sesungguhnya, aku jua akan berasa sesal jika tidak sempat pulang ketika itu,
Katakan saja, urusan dunia tak membenarkan aku pulang ? Allah Allah.

Sedikit kekok, pulang ke rumah, ada nya Mama tanpa Abah. Kelibatnya selalu mundar mandir dihadapan pintu bilik dari biliknya ke dapur dan seterusnya ke ruang tamu. Tiada lagi bunyi ketukan ais di depan peti ais. Tiada lagi yang mundar mandir jika tidak boleh tidur. Tiada lagi.

Semua yang terbaik untuk Abah dah dilaksanakan. Perjuangan Abah setakat ini. 
Kami Redha.
Hidup mesti diteruskan. Ujian untuk kita jadi lebih kuat lebih serius dalam hidup kita.


Amin Ya Rabbal A’lamin.


Tiada ulasan: