About Me

Foto saya
A bird sitting on a tree is never afraid of the branch breaking, because her trust is not on the branch but on it's own wings. Always believe in yourself -- is me.

View This !

Sabtu, 29 Oktober 2016

Block and still cares ?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Punya kekangan masa untuk menaip di ruangan yang sekian menyepi ni. Sarkastik nau ayat. Tak tak. 

Zaman smartphone dengan teknologi yang ada sekarang tak mungkin kau tak punya aplikasi " Block " / " Reject " dalam apa jua gadget yang kau sedang pakai. Melainkan kau seorang yang tak-kuasa-nak-melayan teknologi di zaman ini dengan masih menggunakan sejenis phone " Nokia torchlight " dan seadik-beradik dengannya. Misalnya.

Bukan apa, nak taip pun kena hati hati juga. Takut ada pula yang butthurt. Menyakiti hati orang dengan sengaja tu kan berdosa ? 

Baik. *tarik nafas jap*

Dulu. Kita tak punya inisiatif ni. Kalaulah kita nak "block" someone dari contact kita thru phone and kita sendiri tak mahu tukar number, masih boleh. Tapi process dia, hmm leceh. Yes, LECEH ! Mungkin kau kena pergi center, dan minta block kan number sekian sekian. I don't know. *sooooo, miss pretend know-it-all* . Tapi aku tahu process nya leceh laaa. Hahaha, jangan kecam. 

So, the thing is ; now kita dah ada this "block" "reject". Tak leceh pun. just pick some random number then pergi setting and klik block. and you're done ! *ikut phone engkauoranglaa, bukan kita pakai phone yang sama ye dak*

Tapi block zaman sekarang ni boleh buat main main je. Bagi aku, ada 3 type orang yang block ni. 

1) block sekejap dan unblock balik ; sebab ego je konon nya, ikut perasaan, marah tapi tak lama
2) block terus and totally don't care ; sebab benci, harrassment, fraud 
3) block and still cares ; sebab kau bukan jenis move on, psychotic, and so on.


Type no satu tu, tak serius. Kira macam kes ringan ringan, ala ala manja gitu. Banyak apa-- orang tak boleh control temper, and terikut perasaan. Sakit hati, marah je-- block terus. Then, dah cool down sikit baru boleh berfikir waras. Ok laaa, unblock balik. Sebab tu, elakkan buat keputusan dikala sedang marah, itu semua syaitonnirojim, Allahu. Bila dah rasa marah sangat tu, baik diam je. Don't react to anything. Calm down. So, takda laa kau tergolong dalam type yang satu ni dikkk. Tak keeeee buat kena bahan di hari kedepan kelak, main main block unblock macam budak tak matang ni. Haih. 

Type kedua ni, bagi aku la. Serius. Level serius yang tinggi. Sebab kau seolah tak pandang kebelakang dah. Hahahaha. Apesal dramatik sangat. Ok, gelak sorang. Sambung.

Contoh, macam kau kena ganggu dengan orang kau tak suka, kau dah cakap taknak, jangan ganggu, and pulaknya orang tu tak ke faham bahasa apa sahaja yang kau gunakan. Maka nya, tak lut lah di kepala otaknya apa jua yang kau katakan padanya. Haaa cenggitu. Maka ini makan dia, kau rasa rimas, kau rasa meluat, dan paling teruk kau benci dia *kes-kes tertentu* ; Selayaknya lah kau campakkan dia di dalam block list kau dan mereput lah dia di situ sebab ; tak nya hengko heran dengan kewujudan dia dalam kehidupan hengko lagi. Maka berhuhu lah di situ. Ok habis. Kalau panjang kan lagi mungkin boleh emosi. 

Yang last ni, yang aku nak sembangkan sebenarnya. Kenapa kau block seseorang itu ? Dan apa sebenarnya fungsi block ni ? Ok, kalau naik ikutkan, block ni selayaknya di level type no dua tadi. Kau block dan kau tak perlu kisah dah. Tapi ada jenis yang ketiga ni dia macam 50-50. Dia dah block tapi dia sendiri pergi cari segala lubuk untuk tahu perkembangan orang kau block. So, here it is. 

If you still cares, just cares. Tak perlu nak ego pretend like you don't care. Tak penat ? Pungpang pungpang macam tak kisah, tapi habis segala lubuk kau boleh cari ; kau cari. Awak block ni, awak nak tunjuk apa sebenarnya ? Okay. 

Lain orang lain cara, aku sendiri ada type no 1 dan 2 tu, tapi no 3 ? Not even once. Penyabar macam mana pun kita, ada dia satu tahap yang kita boleh meletup dan buat keputusan terburu-buru, Sebab tu ada nya keputusan childish main block unblock ni. Ya, aku juga ada. Dan aku juga punya 5 contact dalam block list yang aku dah tak pernah peduli lepas campakkan mereka dalam list tu. Atas sebab gangguan spam online seller, dan juga gangguan yang entah apa apa. 

For me, sejauh mana kau salah dengan aku, atau kau marah aku, kau benci aku, kau cuba sakitkan hati aku, kau ganggu kehidupan seharian aku, aku fed up dengan kau, I just deal with it. Yes, deal with it. If I wanna care, I just care. I'll follow, I'll friend in whatever form I can connect to you. The difference is, I just stay connected, and stay silent. No communication.That's me. But if it turns out the other way, you blocked me but still wanna care what I do for life ; I will just let you see what-you-want-to-know. I set it all to Public to let you see tanpa buat kau rasa ego kau jatuh kalau kau stay connected and makes me think " Eleh, nak tau apa aku buat lattteeww. " Certain people will go far ahead, sampai buat fake account and all. But I have nothing to hide anyway. I'll just let you see. If kau bukan sampai ke tahap yang buat aku masukkan kan ke type no 2 tadi la. 

Again.

If you wanna care, just care. If you don't want, just walk away. 

Insan ini dah terbiasa, kena block. Disalahkan. Dipersalahkan, Dan ada juga datang dari salah sendiri. Yang lebih hebat, tidak punya salah dari tidak saling mengenali juga pernah. 


Live your life. Stay happy. Pray for your own happiness. Do not shadow your life with shits people gave you. Shit does happen. But it  just doing it's part to make sure, you create a better future. 



Sekian,

Dari insan yang terbiasa di block,
Keliru sebenarnya,
Block block tapi masih kisah,
Awak nak apa dalam hidup awak sebenarnya ?






Tiada ulasan: