About Me

Foto saya
A bird sitting on a tree is never afraid of the branch breaking, because her trust is not on the branch but on it's own wings. Always believe in yourself -- is me.

View This !

Rabu, 6 April 2016

STRUGGLE

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

A friend of mine shared this one Facebook Status yesterday.
---------------------------------------------------------------

MAAF. 
Empat huruf dan sebutan yang sangat pendek.
Selalu saya dengar mana-mana motivator pun asyik sebut 'maafkan semua orang', 'minta maaf setiap hari', 'jangan simpan dendam, maafkanlah'.
Lantas?
Kita pun sebutlah, baiklah aku maafkan dia. Tapi, kita masih tak boleh nak pi jumpa temu muka atau berbalas senyum atas sebab 'forgive but not forget'.
Hmm. Maafkan kah itu? Cuba-cuba tanya hati, tanya hat yang paling pelusuk dalam. Sudah ka dimaafkan? Sudah ka seikhlas hati mohon maaf?
Dulu saya fikir, saya sudah maafkan semua. Saya sudah mohon maaf, seikhlas hati. Tapi rupanya, bila saya terkenang perkara-perkara lama yang tak seronok, sakit itu masih ada. Ya, rupanya kemaafan tu tak benar-benar habis.
Hidup kita ni macam air. Air, kalau ada sampah tersumbat, air tak boleh jalan dan banjir melimpah. Silap-silap hari bulan jadi busuk. Sama juga macam hati kita, relate to our life.
Kita upgrade lah ilmu ke, appearance ke, income ke, whatsoever. Tapi kalau ada blockage dalaman, things will always going wrong. Pi belajar sampai harga 10k tapi nothing happen, income masuk dasyat tapi 90% habis bayar hutang, barang niaga rosak, kereta buat hal dan macam-macam lagi.
It's time to muhasabah diri. Duduk bercakap dengan diri sendiri. Sebut satu-satu nama orang penting dalam hidup kita. Keluarga, sahabat, cikgu, siapa sahaja. Ada yang kita belum maafkan? Ada yang bila kita ternampak dia di mana-mana, dada berdegup deras?
Jika ada kekuatan, pi jumpa muka, salam, dan peluk erat sambil mohon maaf. Jika tidak, ambil pen dan kertas dan tulislah rasa hati di situ. Pos atau cari lah cara macam mana nak sampaikan pada dia.
(Email pun boleh)
Ada tips tambahan; kalau kita ada bad thought pasal someone & dia tak tahu pun, bila-bila berziarahlah dan di akhir pertemuan apabila bersalam, lafazkanlah saya minta maaf jika ada salah silap ya. Walau mungkin dia tak faham kenapa dan apa. Done.
Saya dah buat. Semua yang di atas.
Saya tak suruh percaya, saya cuma minta, cuba lah. Tak rugi mana kita rendahkan ego. Allah pun tak rugi kalau kita gaduh-gaduh marah-marah dendam-dendam, tapi Allah bagi ganjaran bila kita memaafkan. Sweet kan?
---------------------------------------------------------------

Sungguh aku terkesan dengan kata - kata ini. 'Forgive but no to forget.' Well said. Sebab banyak manusia cuba jadi pemaaf sebaik mungkin, tapi rasa sakit masih ada. Aku antara manusia kebanyakan itu.
I've tried. And aku rasa 'Ya, aku boleh jadi seorang pemaaf, kenapa tidak? Dari sekecil kecil perkara sehingga sebesar - besar perkara. Why not?' But literally, I'm not. Allahu. 
Boleh menangis sepuasnya boleh mengadu semahunya, but don't ever tell people to put yourself in other shoes. Because tak akan ada orang boleh rasa sakit seperti apa yang kita rasa unless they've gone through it. Kau pergilah mengadu pada sesiapa pun, keluarga, sahabat baik, anyone, first things they could say is Sabar. Aku faham ; kerana perkataan ini juga meniti dibibir saat sahabat handai muncul meluahkan apa yang terpendam. But the thing is, kita semua sedar kita kena Sabar. Cuma rasa, kadang - kadang tak mengizinkan. Terlalu ikut hati. 
At times, I was sick and hurt that I couldn't help to keep it alone anymore, my mom hug me, cried along with me and says, " Mungkin ini kifarah. Dulu ada insan yang baik yang berkawan dengan Angah tapi Angah sakitkan hati orang. Jadi kali ini, giliran Angah.
Pada ketika itu, aku mula berfikir. Ya. Orang sakiti aku, tapi aku juga pernah sakiti orang. Kifarah. It's my turn. It has come. I come to ask myself a question " Did I ask their apology sincerely? Did they apologized me with their full heart? Did me? Did they? " Allahuakbar. 
Kifarah. Begini sakitnya orang yang dah aku sakiti. Sakit. Muhasabah diri. 
Bukan senang nak kejar kebaikan, perlu sabar yang banyak, perlu tenang setenang nya. Di saat aku mula belajar untuk kejar apa itu kebaikan, ini yang aku perlu tempuhi. Aku tak boleh sama sekali undur masa. Aku tak punya kuasa itu. At times, aku kena tempuhi dan teruskan perjalanan.  الله tengah duga, sekuat mana kau pertahankan iman dalam diri. 
I've been hurt a long time ago. I've forgive him and it takes years for me to actually take out all the hatred, till what makes me now. I can actually, confront him without any feelings, sakit hati, talk naturally. All. This is the thing. Forgive and forget. I learnt. 
Untuk kesekian kalinya, hari ini, yang menjadikan aku sekarang, I can simply forgive anything you do, no matter how much lie and shit you've been doing ; aku letak tangan pada dada and say " Maafkan. Bersihkan hati belajar memaafkan. Takpa, manusia mana tak buat silap. Takpa, ini satu je lagi الله nak duga. You can get through this. InsyaAllah. "
Yes, aku maafkan. Sehingga aku jumpa artikel ini, aku mula sedar aku tak benar benar memaafkan. Kerana jauh di pelusuk hati aku, ada sakit yang menikam-nikam. Yang cuba aku kambus tapi tak terkambus. الله . kerana sakit kali ini mungkin masa yang lama. Sehingga mulut kata redha tapi hati? 
Sehingga dah mula rasa aku bukan redha, aku mula pasrah dengan setiap ketentuan-Nya. Tak ada satu pun jalan cerita yang الله beri kalau kita tak mampu. Dan semuanya yang terbaik untuk hamba-Nya. Bukan taknak usaha, mungkin dah terlalu penat nak tempuh sampai aku rasa aku cuma nak lalui semuanya tanpa berbuat apa-apa. Pasrah. Serahkan semuanya. Aku tak mengalah, tapi aku kelihatan tak mahu bangkit. 
Ya.
Aku pasrah.
Aku sedang pasrah.
Doakan yang baik-baik supanya semuanya akan jadi baik. Jika kalian sudi mendoakan yang baik baik buat aku. 
Amin. 



Tiada ulasan: