About Me

Foto saya
A bird sitting on a tree is never afraid of the branch breaking, because her trust is not on the branch but on it's own wings. Always believe in yourself -- is me.

View This !

Isnin, 28 Mac 2016

PENYAKIT

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

18 Mac 2016 - Jumaat
الله timpakan aku dengan penyakit. SubhanaAllah. Sungguh aku rasa bersyukur. Kerana penyakit itu buat aku benar benar rasa kebesaran-Nya ; rasa kasih sayang-Nya pada hamba-Nya yang hina ini. Betapa ikhlasnya aku mohon untuk disembuhkan dari penyakit ini. Penyakit yang hanya Dia punya penawar. Ditimpa kan pula aku pada Hari Jumaat yang mulia. Alhamdulillah, Sungguh aku syukur. 

Seolah-olah aku punya ruang untuk aku muhasabah diri aku di hari kebelakang yang aku alpa dalam permainan dunia yang sementara ini. Dia beri aku peluang kembali ke jalan-Nya. Ya الله, masih sayang Dia pada hamba-Nya yang lupakan Dia. Hamba yang Dia tutup segala aib. 

Sungguh. Aku tak sangka aku akan melalui hari yang sedemikian sepanjang hidup aku. Yang banyak aku baca, dengar, lihat dari kehidupan dunia sementara ni. Seminggu aku berpenyakit, seminggu itu jugaklah aku revised sepanjang kehidupan aku, segala dosa, segala gelak ketawa, yang mana dusta yang mana benar. Sehingga aku tersedar. Syukurnya aku ditimpakan penyakit, bila lagi aku nak sedar semua ini? 

Aku tak sepatunya mengeluh, tak sepatutnya ada persoalan seperti 'kenapa aku?' 'kenapa buat macam ni?' kenapa itu kenapa ini. Kerana الله tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupan-Nya. (Al-Baqarah : 286) 

Kerana aku mampu maka aku diuji sedemikian. Seminggu yang banyak menyedarkan aku, Tahun yang banyak membuka mata aku. Melihat kaca yang disangka permata. Mendiamkan diri dari orang sekeliling dalam proses berubat buat aku rasa sangat lapang. Tak pernah aku rasa selapang itu. Mungkin ada yang beranggapan, aku menjauhkan diri dari semuaorang atas dasar apa yang bakal berlaku dalam minggu itu. Sama sekali tidak. Tak sempat untuk aku berfikir pun soal hal keliling di saat aku berperang dengan penyakit aku sendiri. Aku didalam dunia aku, Kembali ke jalan yang sebenarnya. Ya. itu aku lakukan sepanjang minggu itu. Berperang dengan penyakit. 

Sungguh sakit itu penghapus dosa, Dipotongnya selera makan, ditarik nya nikmat tidur. Dihilangkan seri muka. Sungguh aku tak bermaya. Sungguh aku kasihan pada diri sendiri. Kasihan pada orang tua yang sedih melihat keadaan aku. Mak yang sedaya upaya masak sesedapnya supaya aku jamah air tangannya, tapi aku cuma mampu merasa hujung hujung sudu. Sehingga makan pun aku rasa payah, menitik air mata hanya kerana tak boleh nak menjamah usaha seorang emak. Aku lapar, aku nak makan tapi sayang aku tak boleh telan. Berat. Berat perasaan ketika itu. 

Perlahan-lahan aku terima apa yang terjadi. Aku cuma mahu sembuh. Sungguh ketika itu aku dah tak mampu nak bangkit. Paling tak sangka aku berjaya laluinya, SubhanaAllah. Terima kasih Ya الله . Kau bantu hamba ini. Setiap pagi, aku bangun untuk melihat langit yang membiru, aku senyum dan berkata dalam hati ' Ya. Aku masih diberi peluang melihat hari ini. الله beri peluang. Apa lagi yang kau nak minta?' Aku senyum senyum, walaupun air mata sentiasa meniti tebing mata. 

Sungguh penyakit ini juga buat aku banyak belajar menerima apa yang terjadi. Belajar redha. Belajar lihat kesilapan sendiri. Tak sangka aku boleh se-redha dan se-sabar ini. الله .  ini yang aku nak belajar. الله tak datangkan pelangi tanpa hujan. Ada pelangi yang indah bakal menjelma sebalik semua ini. Sungguh aku kasihan pada diri sendiri pada kehidupan aku beberapa tahun ini. الله nak tunjuk sekelip mata dalam satu penyakit. 

Pesan pada diri sendiri, sebesar mana pun orang buat salah pada kita, tenangkan hati, dan fikirkan kemungkinan dari pihak kita. kerana bila kita ikutkan amarah, syaitan itu dah kuasai hati kita. Buat kita susah terima apa jadi. Kerana itu bila marah, diam, tenangkan hati, baru boleh mula berbicara. amalkan. Diri sendiri mungkin tak sangka kita boleh ubah kehidupan kita kerana perkara perkara begini, memaafkan sebesar besar kesalahan, menerima dan redha dengan apa yang terjadi dan paling penting, menjadi orang yang sabar. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Dalam Islam ada Kafarah, biar Dia tentukan kafarah manusia. serahkan semua pada الله  ; InsyaAllah kau akan capai ketenangan dalam hati. 

Sesungguhnya, aku lihat kebesaran-Nya, bagaimana الله bantu, termasuk kafarah yang الله beri sebaik sahaja aku pilih untuk serahkan seikhlasnya kepada-Nya. Satu persatu aku lihat. SubhanaAllah, sungguh aku kagum. Mohon ampun untuk segala dosa. Mohon pertolongan, mohon diberi petunjuk untuk kembali, mohon untuk berikan satu keputusan. Moga الله bantu. Moga الله bantu. Maafkan semua orang sebelum tidur. Jangan lupa kita sendiri juga perlu mohon maaf. 

Syukur Alhamdulillah.
Wassalam. 

Tiada ulasan: