About Me

Foto saya
A bird sitting on a tree is never afraid of the branch breaking, because her trust is not on the branch but on it's own wings. Always believe in yourself -- is me.

View This !

Jumaat, 25 Disember 2015

My Kinda 2015 Highlights

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Gambar Sekadar Hiasan
Kasi setepek dulu muka basi permulaan 2015 dulu. Nama pun highlights 2015, bagi aje lah setepek ; setepek je kot jangan nak banyak bunyi sangat.

Sengaja nak abadikan detik detik 2015 dalam ni. Tak banyak mana, suku pun tak sampai. Cukuplah tu. Sekadar tatapan untuk hari kebelakang. Dah usia meningkat, makin pelupa aku dibuatnya, apa hal jadi pelupa ? Orang cakap tips untuk orang pelupa ni, kita kena tulis untuk ingat balik apa yang kita buat. haa, betul dah ni aku buat kan?

Dah. 

JANUARY - MAY 2015 ; Collegues

Cinderella's Birthday Celebration

Cinderella's and Twin farewell feast.
So, finally I settled down in Fitness Center as a career. For this time ; I guess. Well it's been a great year for me. Here. Sampai sanggup-lepaskan-anakanak-murid-untuk-fokus-satu-kerja. Walhal, boleh ja buat dua kerja. Tapi, boleh ja tak tamak. kan? Walaupun tak move on dengan status cikgu, cikgu harap anak-anak semua memahami. tsskk tsskkk.

Aku bukanlah type yang loyal dengan satu kerja dalam jangkamasa yang panjang, but it different this time though. Mungkin sebab aku mula bekerja di saat Fitness Center ni mula nak bernafas, ala ala masih baby gitu. Dalam satu tahun ini, aku lihat kitaran pertukaran staff, yang datang dan pergi. Yang baik yang buruk. Yang gila yang sopan. Tipu. Takda nak sopan sangat pun. Banyak yang nak dihuraikan dalam tahun ini disini, terlalu banyak. Bila kita diterapkan dengan teamwork, tak ada 'ini bukan kerja aku'. Semua perlu merasa, dari cuci-mencuci menghadap-komputer entertain-customer ; pendek kata semua orang kena rasa sorang sikit. Bila collegues lama resign, dalam kepala asyik fikir 'boleh ka kita rasa yang sama dengan orang baru?' Tak akan. Sebab, manusia tak sama. Mungkin kau akan rasa kurang seronok atau akan rasa lebih seronok. Kadang-kadang attitude diri sendiri pun main peranan. 

Tahniah buat aku kerana berjaya setia di sini dalam masa setahun. Tahun depan aku tak pasti. Tapi masih seronok berada disini. 

Welfie's of the year

23 - 25 MAY 2015 - Langkawi, Kedah.



Hye! 
Apa khabar ?

It's a reunion though. Spend time dengan collegemates. Bukan lah jenjalan sangat pun, setakat duk samasama, sembang muhung itu ini, pergi sana pergi sini, as long as we are together. Nak berkumpul sesekali macam ini pun kena curi masa, sebab ada yang kerja-ada yang belum kerja-ada yang cuti weekdays-ada yang cuti weekend. Sangatlah tak sama. Tapi from all places, why Langkawi?

Kerana Langkawi itu penuh dengan memori bersama, kali terakhir kami bersama-sama di sini masa Semester 2. Trip Semester 2. Seronok kan jadi student Tourism? Setiap sem travel. Muehehehehe. Tapi kebetulan ini aku baru ja perasan ketika aku taip ini. Ya.
Sebab sebenar kami pilih Langkawi kerana plan asal nak pergi kolej, rindu alor star, ambil sijil and so on so on. Di sebabkan nak bercuti untuk 3 hari, we decided why not kita pergi Langkawi and on the way back singgah kolej ambil sijil? Whyyyy not? 

Tapi kenyataan nya, semua ini propaganda semata-mata. Sebab tak singgah pun kolej pergi ambil sijil. In fact, keluar dari Langkawi pun petang. Alkisahnya. Kerana itu aku cakap it's more likely bonding time than a vacation. K.


 " Each friend represents a world in us, a world possibly not born until they arrive, and it is only by this meeting that a new world is born. "
- Anais Nin


17 - 19 JULY 2015 - Hari Raya Aidilfitri


Family Potraitre
Kenapa Hari Raya antara highlights tahun ini? 

Ramai. Ramai cakap tahun ni tak rasa meriah beraya. Kalau tanya aku. Aku rasa biasa ja. Kerana bagi aku bila raya, balik kampung, jumpa adik-beradik memang tak pernah tak meriah. Tak tunggu raya pun meriah. Cuma kali ini,  Raya Pertama dan Kedua sambut dengan keluarga dan ditambah dengan sahabat. Sahabat yang bekerja di Langkawi tak dapat cuti panjang untuk balik beraya di Terengganu. Jadi apa salahnya, kita sambut bersama, ye dak? Sebab aku sendiri pernah tak balik beraya sebab tak dapat cuti. Dulu. Ada sendu la pepagi raya tak dapat cuti hanya kerana mencari rezeki. Done with that.

Now, comes up with the best part for me. Raya Ketiga. Which before we're heading back home, kita satu family attend Abah's School Reunion. Macam mana they gather, meet up each other after years. Weh, seriously this is a reunion looks alike. Reunion yang mana kau bawak family anak-beranak kau, yang mana sakit, yang mana masih kuat, it tells everything. Itu pun, a reunion at your school's hall. Bukan dekat hotel, bukan dekat some other places means nothing, but at a school you used to go. Tempat yang segala mak nenek throwback dengan rakan-rakan sekolah, there it is. I wish. I would have this kind of reunion in future too. 



11 SEPTEMBER 2015 - Birthday Celebration


" Let us be grateful to the people who make us happy ; they are the charming gardeners who make our souls blossom. "
Alhamdulillah.

This is one of the reason why I had so much fun to this place. Appreciation. Walaupun dah besar panjang (tipu. tak besar tak panjang. tetap pendek.) masih ada yang sudi nak celebrate Birthday sendiri. It just small lunch meal, but it shows a lots lots of love. Ngengade. Even, bos sendiri gives me an angpao instead of present. He said, he rather gives you money than a gift sebab kalau beli gift belum tentu orang tu suka atau tak, so bagi angpao biar dia choose hadiah sendiri. Some sort like that. Anyway, It doesn't matter. Even a wish, does melt me. 


19 SEPTEMBER 2015 - Along's Big Day


Anak Menantu Cucu Tok Tam's Generation :)

Finally. 
Our very first kenduri dekat rumah. The eldest, Along get married on the blessing 19 September 2015. Part ni paling mencabar, sebab anak sulung dah kawen the next one akan jadi dihujani pelbagai bentuk situasi usik mengusik punya soalan. I was like 'Nasiblah.' But it went well, dengan meriah kecoh sana sini dengan adik beradik. Belum semua lagi ni. Belum semua ya. At first, it just a simple ceremony with this and that, but Alhamdulillah things getting better, and much better. Pelamin and Photobooth semua DIY from 12.00 midnight sampai 3 pagi. For sure, it was not me, sebab tengah berperang dengan periuk belanga kat belakang rumah. Penat woiii penat! Tunggu turn kenduri aku pulak nak tengok sapa nak berjaga. Hmmpphh!


16 NOVEMBER 2015 - Accident

Mulut itik satu kali. 
Haritu aku redah hujan renyai-renyai. Perkara biasa lah kalau renyai-renyai aku redah, sebab aku bukan jenis menunggu sampai hujan berhenti. Tunggang motor watlek watpis kacang pis je hah, sekali zraappppp! cium jalan ; aku. Betul-betul lepas bonggol aku jatuh. Seingat aku, aku bawak slow je, sebelum bonggol pun aku ada brek, jadi aku sendiri pun tak tahu apa possibility aku boleh jatuh. Kunfayakun. 'Jadilah, maka jadilah ia.'

Berbuat baiklah sesama manusia, sekalipun kita tidak mengenali insan-insan di sekeliling kita. Bila aku fikirkan, kalaulah manusia tak nak berbuat baik, siapalah nak tolong aku bila perkara-perkara macam ni terjadi. SubhanaAllah. Sampai aku sendiri tak tahu-menahu siapa yang hantar aku ke hospital dalam keadaan tak sedar tu. Tak sempat berterima kasih pun.

Untuk pertama kali cium jalan ni, dah jatuh saham sikitlah sebab muka dah tak peloles. Tapi ok jugak, sebabkan ini aku dah kurangkan satu lagi kos kecantikan. Muahahaha. Masa pun jimat. Sebab dari nak bagi luka dekat muka elok, seriau seriau ja rasa nak apply apa apa kat muka. Sampai lah dah ok pun rasa macam dah tak perlu nak apply apa apa. Siang malam bedak sejuk ja. Weh aku jimat kos produk kecantikan weh! Takda dah nak bagai bagai dengan krim dengan toner dengan moisturizer bagai bagai. Pap pap Pap bedak sejuk atas muka, tunggu kering jap, ratakan, terus dapat efek gebu gebu ala ala pakai foundation, zappp! siap. Jalaaaannnnnn. Bawak bawak belajar tak tabarruj dah la.

*Kira macam kejayaan yang besar lah bagi aku nak off mekap tu. Engkau orang apa tahu.

JUNE, OCTOBER, NOVEMBER 2015 - Walimatul Urus
Ex KPTMAS Much Love
Paling banyak walimatul urus kengkawan pada tahun ini. Well, it's an ideal age to get married though. Tapi tulah, Jodoh. Kalau awal, awal lah, lambat lambat lah. For sure it will come at the right moment. Itupun tak semua dapat hadir. Almaklumlah, tak keje gomen kot, takdanya cuti cuti weekend ni. Kalau nak attend pun kena tukar cuti or amik Annual Leave. Deknon mana laa ada Annual Leave berlonggok-longgok. Sekian.

Disebabkan Walimah kengkawan ni jugak lah, dapat jumpa kerap kerap dengan yang lain. Paling-paling riuh rendah buat gegar rumah orang. Dasar betul anak-anak dara buat bergegar rumah orang. Perangai memaseng, hmmm langsung tak berubah :') We had fun. 
So, sapa lagi nak kawen next year? 


So there goes my 2015 happen. Mesti pelik kenapa semua yang manis je kan? Well, yang pahit tak perlu di simpan. I just learnt from it, and walk away. Too much too cherish rather than keeping the bad. From all time, the good one will cherish along the way. So kalau nak throwback di hari ke depan pun, all the good things je la kan? 
Until then, Adios.

Till we met 2016!

P/S : Kalau laaa, Kalau eh ada yang perasan, Makin ke bawah highlights makin sikit nak cerita, padahala cerita berkepuk-kepuk, sebab dah malas taip sebenarnya. muehehehe. Ni pun berhari gak aku taip woih, entah berapa kali aku teleng kiri kanan nak menaip pun. Nanti aku rajin aku edit ah balik. Apadahal. Tu pun kalau rajin ah, kalau eh ; kalau. Sebab 'kalau' aku tu macam harapan sangat. Bye.

Tiada ulasan: