About Me

Foto saya
A bird sitting on a tree is never afraid of the branch breaking, because her trust is not on the branch but on it's own wings. Always believe in yourself -- is me.

View This !

Ahad, 23 Ogos 2015

Persinggahan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Penulisan ini mungkin sekadar luahan hati atau melepaskan benak di dada. Tidak tertumpu kepada sesiapa. Cuma buat pemahaman diri sendiri. Ya. DIRI SENDIRI.

Dunia ini cuma persinggahan. Selepas kita tinggalkan dunia ini ada yang lebih hebat menanti. AKHIRAT. Yang kekal. Yang diperjuangkan di dunia untuk bekalan hari di 'sana'. 

Ya, aku masih insan yang hina. Tetapi aku masih sedar ada kehidupan aku perlu lalui selepas ini. Dan perubahan itu terletak pada diri aku. untuk aku sedar atau tidak ini cuma persinggahan. Yang bersifat SEMENTARA. TIDAK KEKAL.


Hari ini berapa ramai manusia sedih? patah hati? kerana apa? cinta? pasangan?

Mungkin tak semua, tetapi KEBANYAKAN nya melalui perkara ini. 

Samada engkau sedar atau tak, manusia datang dan pergi. Cuba kau tanya mana mana manusia yang engkau kenal,'korang tahu tak dalam kehidupan ni ada manusia datang dan pergi?' . Aku pasti mereka tahu. Cuma ....

bila engkau berhadapan dengan perasaan patah hati tadi, sedih and so on engkau lupa tentang ini. atau engkau tak mahu terima hakikat ini. Salah siapa? Engkaulah. Bodoh. Detik itu, kau kena faham engkau cumalah persinggahan yakni cuma SEMENTARA dalam kehidupan orang yang berlalu pergi tu. 

Memang. Pasti ada yang akan berbalas 'kau ingat senang? cuba engkau rasa baru kau tahu macam mana payah nya,' Betul. Memang payah. Tapi engkau usaha? Sejauh mana engkau usaha untuk terima itu semua cuma persinggahan dalam kehidupan engkau? Sejauh mana? 

Mungkin engkau lupa, Allah sudah tetapkan yang terbaik buat hamba-Nya. Yang berlalu pergi cuma persinggahan untuk mengajar engkau sesuatu, supaya engkau dapat yang kekal di masa hadapan. Jika ia kekal, ia tak jadi persinggahan. Ingat. Jika ia layak untuk menjadi yang kekal ia tak pergi. Ingat. 

Setiap hari. Setiap hari apa usaha engkau untuk terima? apa? tanya diri engkau. 

Kadang-kadang kerana ikutkan sakit hati engkau termakan suara-suara halus. Engkau jadi ego. Ambil kesempatan atas apa yang terjadi. Tapi, pernah engkau renungkan khilaf engkau? Betul? Engkau langsung tak ada salah? 

Ada yang singgah itu masih ada di dunia. Engkau sedih bawa diri, berbulan-bulan bertahun juga ada,

Hidup dan mati. 

Jika yang pergi itu masih hidup pun engkau bersedih macam orang tu tak boleh kembali sedangkan dia masih ada atas muka bumi ini, Apa engkau boleh sesedih itu kalau ahli keluarga engkau pergi menghadap Ilahi? 

Engkau percaya dengan Allah? Percaya dengan perjalanan Dia tentukan untuk engkau? Percaya? Alhamdulillah. Engkau serahkan semuanya pada Dia. Jika memang orang yang pergi itu tidak menghargai engkau, belajar sesuatu dari itu. Jika ia datang dari khilaf engkau, perbaiki ia. Perancangan Dia adalah yang terbaik buat hamba-Nya. 

Apa orang selalu cakap? What goes around comes around. Engkau singgah dalam kehidupan org lain dan engkau berlalu pergi, engkau boleh baca masa hadapan? Mungkin orang lain pula yang singgah dan pergi dari kehidupan engkau. 

Fikirkan.


Sekian nukilan insan hina ini. 


Tiada ulasan: